29th SEA Games KL2017 Swimming 400m Freestyle Men - Gold Medal - Welson Wee Sheng Sim
Perenang sensasi Malaysia Welson Sim berjaya memecah rekod Sukan SEA.

TIGA rekod baru Sukan SEA terpahat pada hari kedua temasya 2017 yang menyaksikan Malaysia terus menambah kutipan pingat emas kepada 24 untuk terus berada di puncak kedudukan keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Kutipan lapan pingat pada hari kedua membolehkan Malaysia menjarakkan diri dari pesaing utama Singapura yang berada di kedudukan kedua dengan 13 pingat emas.

Vietnam, Indonesia dan Thailand masih belum mencecah angka 10 pada kedudukan keseluruhan tetapi keadaan itu bakal berubah apabila 45 pingat menjadi pertaruhan pada hari ketiga pada Rabu (22 Ogos).

Bagaimanapun, perenang sensasi Malaysia Welson Sim, perenang Indonesia Gede Simon Sudartawa dan bintang Olimpik dari Singapura Joseph Schooling menjadi perhatian dengan kejayaan memecah rekod Sukan SEA di kolam renang.

Pasukan memanah recurve menambah koleksi pingat dengan dua emas manakala kem bowling tenpin ceria dengan kejayaan meriahpingat lelaki beregu.

29th SEA Games KL2017 Cycling Basikal Criterium - Mohd Harrif Saleh(left) & Mohd Zamri Saleh
Pelumba professional Mohd Hariff Zamri(kiri) bersama abangnya Zamri Saleh.

Pelumba pro Hariff Salleh menepati janji menghasilkan emas kriterium di Putrajaya manakala penembak yag berpangkalan di England Benjamin Khor memberikan emas buat neagra menerusi acara double trap.

Skad artistic gimnastik nyata membanggakan dengan kejayaan emas di MITEC manakala wushu menghasilkan emas menerusi
Wai Kin Yeap dalam Qiangshu.

Malaysia melengkapkan cabaran hari kedua dengan kejayaan 3-1 ke atas Myanmar yang mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Aksi hari ketiga berteusan pada Rabu (22 Ogos) dengan 45 emas menjadi pertaruhan. Olahraga memulakan saingan dengan lapan emas manakala karate juga memulakan kempen dengan enam emas di KLCC.

- Advertisement -