Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM 10 juta untuk membantu persatuan sukan kebangsaan yang terkesan dengan Covid 19.

Bantuan menerusi Pelan Prihatin Sukan 2020yang diumumkan hari ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerusi rakaman video hari ini berkata peruntukkan itu bertujuan membantu persatuan sukan serta pemegang taruh yang berdaftar dibawa Pejabart Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Tiga kategori diperkenal dalam inisiatif itu dimana RM2 juta merupakan bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan yang berdaftar di bawah PJS.

Kategori kedua adalah bantuan bagi menjalankan program dan aktiviti persatuan sukan dimana KBS memperuntukkan sebanyak RM5 juta manakala RM 3juta merupakan bantuan bagi program pendigitalan serta projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) persatuan.

 

Manakala persatuan sukan yang layak, bantuan pengurusan secara ‘one-off’ diantara RM5,000 hingga RM10,000 akan diberikan dan dijangka memberikan manfaat kepada hampir 200 persatuan sukan kebangsaan di seluruh negara.

Persatuan sukan kebangsaan boleh membuat permohonan dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS http://www.kbs.gov.my/inisiatifprihatinsukan2020.html.

- Advertisement -