Bekas pemain badminton nombor satu dunia dari India, Saina Nehwal merupakan empat pemain yang disahkan positif jangkitan Covid-19 dan berada di Bangkok, Thailand untuk menyertai saingan Yonex Terbuka Thailand yang telahpun bermula pada Selasa.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi kenyatraan media menjelaskan, kesemua yang positif Covid 19 termasuk Saina Nehwal sedang menjalani proses kuarantin selama 10 hari di sebuah hospital di Bangkok.

Perseorangan lelaki, Kashyap Parupalli yang merupakan suami kepada Saina Nehwal juga positif dan sedang  menjalani pengasingan di hotel.

Menerusi entri twitter, Saina Nehwal diarahkan untuk ke pergi ke hospital sebelum memulakan sesi pemanas badan sebagai persiapan menentang pemain Malaysia, S Kisona.

Situasi semasa Saina Nehwal menyaksikan S. Kisona dan lawan Kashyap Parupalli, Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada mara kepusingan kedua selepas mendapat ‘walkover’.

Persatuan Badminton India dalam pada itu turut mengesahkan seorang lagi pemain perseorangan lelakiu, HS Prannoy juga didapati positif Covid 19 dan telah dihantar ke hospital Bangkok.

Manakala dua pemain, Jones Ralfy Jansen dari Jerman dan Adham Hatem Elgamal dari Mesir juga didapati positif.

Namun ujian ulangan ke atas empat empatn pemain ini telah dilakukan dan melibatkan enam doktor dari Jawatankuasa Diagnos dan Siasatan Kementerian Kesihatan Awam Thailand.

Mereka memutuskan Saina Nehwah, HS Prannoy dan Jansen tidak terdedah kepada risiko jangkitan dan dianggap telah dijangkiti pada penghujung tahun 2020. Justeru ketiga tiga pemain ini dilabel tidak berbahaya dan dibenarkan untuk meneruskan saingan.

Sementara penilaian ke atas Elgamal ujian antibodi IgG didapati negatif dan bermakna tbuh badannya tidak mempunyai antobodi yang kuat untuk melawan virus Covid 19. Justeru beliau dinasihatkan untuk menarik diri daripada kejohanan dan dibawa ke hospital untuk menjalani kuarantin dan ujian lanjut untuk tempoh minimum 10 hari.

Jadual pertandingan melibatkan Saina Nehwal and Kashyap Parupalli akan diadakan semula hari ini.

Asian Leg merupakan tiga kejohanan yang diadakan secara berturut turut dan berpengkalan di Bangkok, Thaiand.

Bermula dengan saingan Yonex Terbuka Thailand (12-17 Januari) disusuli Toyota Terbuka Thailand (19-24 Januari) dan Kejohanan Final Siri Jelajah Dunia dijadual bermula dari 27-31 Januari.- Oleh Akira Wong

- Advertisement -