foto – Malaysian Football League

 

Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan meminta penyokong pasukan itu tidak terlalu cepat melatah dengan prestasi pemain import, Antonio German yang dilihat masih bergelut untuk tampil dengan kualiti yang diinginkan.

Menurut Sathianathan, pemain sayap kelahiran Grenada itu perlu diberikan peluang secukupnya dan ianya sesuatu yang tidak adil untuk menilai prestasinya sebagai tidak bagus hanya selepas dua perlawanan.

ā€œDia masih baru dalam Liga Malaysia lagipun ketika perlawanan pertama menentang Felda United dia bermain bagus dan turut menjaringkan gol.

ā€œKetika lawan PJ City dia berdepan kesukaran untuk bermain di padang becak dan tenggelam hingga ada yang cakap dia macam pemain tempatan, tapi kita masih berada di awal musim jadi ia terlalu awal untuk kita menghukum dia. Saya sebagai jurulatih akan tegur dia, saya sangat yakin dia sebenarnya boleh bermain jauh lebih baik,ā€ ujar Sathianathan.

Tambah bekas pengendali kebangsaan itu lagi, ā€œKita kena sabar dalam membantu dia terjemahkan prestasi yang diharapkan tetapi janganlah sampai ke empat, lima perlawanan pun tetap main macam tu, memang yang itu tidak boleh diterima dan saya kena beri amaran dan ambil tindakan.ā€

Pada perlawanan menentang PJ City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang berkesudahan seri 1-1 Sabtu lalu, Antonio dikeluarkan pada minit ke-63 dan digantikan oleh Nurridzuan Abu Hassan.

Sementara itu, Sathianathan berkeyakinan tinggi pasukannya yang seri buat kali kedua berturut-turut akan berjaya menoktahkan kemarau kemenangan dalam aksi seterusnya menentang PKNS FC.

ā€œKita tidak cukup tenang dan gopoh ketika mempunyai peluang untuk jaringkan gol, semua pemain nak jadi hero, semua nak jaringkan gol dan merugikan peluang, ia situasi yang berlaku dalam dua perlawanan lalu selain ketumpulan sentuhan penyudah. Kita juga kurang mengancam dalam situasi set-piece yang mana saya harap akan dapat diperbaiki sebelum aksi PKNS,ā€ ujarnya. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -