Tujuh pemain Selangor sah menempatkan diri ke perlawanan suku akhir bawah 16 tahun perseorangan lelaki dan perempuan Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit (JET) 2022 Pusingan Kedua bagi kumpulan A selepas menang ke atas lawan masing masing dipusingan kedua hari ini.

Tiga wakil Selangor bagi kategori perseorangan lelaki B16 mara ke suku akhir.

Au Wei Shan yang juga juara Pusingan Pertama Mei lalu tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil tuan rumah, Diong Xhe Ming straight set 21-18, 21-12.

“Perlawanan hari ini sepatutnya saya boleh buat dengan lebih baik. Lawan saya juga kuat dan saya perlu perbaiki permainan selepas ini.

“Keyakinan untuk pertahankan kejuaraan itu ada, tetapi saya perlu berlatih dengan lebih keras lagi. Kuala Lumpur boleh saya anggap sebagai pencabar bagi gelaran juara,”kata Wei Shan

Wei Shan yang juga pilihan pertama akan berdepan satu lagi wakil tuan rumah, Muhd Al Imran jasni yang menang ke atas rakan sepasukan, M Amzar Hakimi Akbar 21-17, 21-18.

Pilihan kedua, Goh Yi Qin juga dari Selangor bagaimanapun menerima nasib yang berbeza apabila tewas di pusingan kedua hari ini di tangan wakil Melaka, Ryan Han Ee Jian dalam aksi tiga set 21-16,22-24, 18-21.

Ryan akan turun berdepan Jayden Ng Yi Shen yang menang ke atas Erfan Majeed Hajibeigy 21-11, 21-16

Dua lagi pemain Selangor yang menempah slot ke suku akhir adalah Razeeq Danial Roslie yang menang ke atas Wan Abdul Latif Hakimi Wan Abdul Khalid (Kelantan) 23-21, 21-11 dan Shawn Hiu yang menundukkan Fan Jing Xuan (Perak)21-11, 21-9.

Aksi perseorangan perempuan bawah 16 tahun menyaksikan empat wakil Selangor mengesahkan slot ke suku akhir.

Pilihan pertama dari Selangor, Eng Ler Qi mengetuai cabaran Selangor di peringkat suku akhir esok selepas menundukkan wakil Kuala Lumpur, Ngui Jun Yi 21-8, 21-6.

Wakil kedua Selangor adalah Shanraya Kabilan yang menundukkan Ling An Siow (K Lumpur) 21-13, 21-5 dan akan berdepan Ler Qi untuk memburu slot ke pentas separuh akhir.

Nasib berbeza seorang lagi wakil Selangor yang diletak selaku pilihan kedua, Sheyeon Wong E-Shwen apabila terkandas selepas tewas kepada Yeap Phoi Lin (Kelantan) 21-14, 21-14.

Shan Lee Yu menjadi wakil ketiga Selangor mara ke suku akhir selepas menang ke atas Leong Jin Ee (Perak) 21-8, 22-20 dan akan menentang seorang lagi pemain Perak, Cheng Pei En.

Chong Ker Yie menjadi wakil keempat Selangor ke suku akhir selepas menang ke atas wakil Perak, Jane Mah Chun En (Perak) 21-5, 21-6

Aksi melibatkan bergu lelaki dan perempuan bawah 16 tahun berlangsung lewat petang hari ini untuk menentukan slot ke perlawanan suku akhir.

Sementara itu, bagi kategori bawah 14 tahun lelaki, dua pemain pilihan utama dari Selangor turut mara ke suku akhir.

Tia Wei Jie yang turun selaku pilihan pertama mara ke saingan lapan terbaik selepas mengecewakan wakil Melaka, Ahmad Qaid Darwisy Ahmad Fuad 21-12, 22-20 dan akan berdepan wakil tuan rumah, Aison Diong Chiang Yi yang menundukkan Vesyal Thevar a/l R Saravanan.

“Hari ini saya bermain secara normal tanpa tekanan tetapi banyak melakukan kesilapan mudah. Esok saya perlu lebih fokus dan melakukan sesi pemanas badan dengan lebih baik.

“Saya akan fokus satu per satu dalam setiap perlawanan yang diharungi dan perlu kekalkan fokus jika mahu kekalkan kejuaraan,”kata Wei Jie yang memenangi aksi final ketika 100PLUS JET Pusingan Pertama yang berlangsung pada pertengahan Mei lalu.

Pilihan kedua, Tiew Yi Cheng menang ke atas Muhd Sahreezwan Shahidi (Melaka) 21-10, 21-8 dan akan bertemu Murali Desan Sarvesh Aditya (K Lumpur) di peringkat suku akhir esok.

Perseorangan perempuan bawah 14 tahun pula menyaksikan dua pemain pilihan dari Kuala Lumpur mengesahkan slot ke suku akhir.

Pilihan pertama, Xin Ying Teh menang mudah ke atas wakil tuan rumah, Koh Xin En 21-5, 21-7 dan akan berdepan wakil Selangor, Xuan Chanice Tan Ying di suku akhir esok.

Sementara pilihan kedua, Teoh Sue Mei menundukkan Xuan Annabelle Chan Zhi 21-9, 21-16 di pusingan kedua hari ini dan akan bertemu Khor Jie Shi (K Lumpur) di peringkat suku akhir.

Kesemua 14 negeri dipecah kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi 100PLUS JET Pusingan Kedua, negeri Kedah akan menjadi tuan rumah bagi kumpulan C sementara Perak akan menjadi hos bagi aksi melibatkan empat negari yang berada di dalam kumpulan A sementara N Sembilan menjadi hos melibatkan aksi kumpulan B.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Bagi Pusingan 1, Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan pertama bagi kumpulan A, B dan C telah berlangsung dari 11 hingga 15 Mei lalu.

Kumpulan A dilangsungkan di Kuala Lumpur, sementara kumpulan B diadakan di Putrajaya manakala Perlis menjadi tuan rumah bagi kumpulan C .

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun lelaki dan wanita.

100PLUS, minuman isotonik nombor 1 di Malaysia, merupakan Minuman Rasmi bagi kesemua acara dan aktiviti BAM termasuk bagi Kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

100PLUS juga merupakan penaja utama 100PLUS Jelajah Remaja Elit (Bawah12 Tahun, Bawah14 Tahun dan Bawah 16 Tahun) dan Kejohanan-Kejohanan Remaja Kebangsaan Antara Negeri 100PLUS.

100PLUS, yang merupakan penaja perak pada Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, nyata amat sinonim dengan pembangunan dan sokongan terhadap sukan di negara ini.

- Advertisement -