Impian untuk melihat pingat emas kedua hadir di gelanggang olahraga musnah berkecai apabila kemenangan juara bertahan negara, Muhd Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 tidak diiktiraf.

Ia gara gara protes yang dibuat dimana Ziyad dan dua lagi atlet Todd Hodgetts dan Jordi Patricio Congo Villalba dilaporkan lambat masuk ke dalam ‘call ‘ room.

Ziyad cemerlang pada balingan pertama dengan 17.31 meter sebelum lontaran ketiganya 17.94 meter memastikan namanya ditangga teratas sekaligus hampir pasti mengesahkan status sebagai pemenang pingat emas.

Namun, protes  dibuat atlet yang bertanding dalam acara ini dimana Ziyad dan dua lagi atlet lonter peluru kelas F20 didapati tidak mematuhi peraturan teknikal yang telah ditetapkan.

Protes tersebut diterima menyaksikan impian Ziyad untuk menaiki podium buat kali kedua selaku pemenang pingat emas tidak kesampaian.

Emas menjadi milik atlet Ukraine Maksym Koval yang mencatat 17.34 meter sekaligus diiktiraf sebagai rekod baharu dunia memadamkan rekod dunia yang dipegang Ziyad 17.29 meter.

Pingat perak juga milik Ukraine menerusi Oleksandr Yarovyi 17.30 meter sementara Efstratios Nikolaidis meraih gangsa dengan catatan 15.93 meter.

Ketika ini kem Malaysia masih melakukan protes untuk mempertahankan pingat emas yang sepatutnya menjadi milik Ziyad.

- Advertisement -