mas.futsal.1

Berikut senarai 14 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa bagi menggalas cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dari 10 hingga 21 Februari 2016.

  NAMA UMUR PASUKAN
1 AHMAD FAWZUL HADZIR 29 FELDA UNITED
2 SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI 25 FELDA UNITED
3 AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ 29 FELDA UNITED
4 MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM 28 FELDA UNITED
5 MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI 27 FELDA UNITED
6 MUHAMMAD AZRI RAHMAN 22 FELDA UNITED
7 MOHD FIRDAUS AMBIAH 25 FELDA UNITED
8 AMAR ASHRAF ABU BAKAR 28 KEDAH
9 SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR 20 MPSJ
10 MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL 22 MPSJ
11 MOHD FIRDAUS RAZALI 32 MPSJ
12 MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN 29 SELANGOR
13 AKMARULNIZAM MOHD IDRIS 25 PAHANG
14 MUHAMMAD ADDLI CHE HUSIN 26 MELAKA

Daripada senarai awal 17 pemain yang beraksi pada lima aksi persabahatan di Bangkok dan Ho Chi Minh baru-baru ini, seramai tiga pemain telah digugurkan iaitu;  Mohd Afiq Abdul Rahman (Pahang) Mohd Iftitah Ahmad (Sabah) dan Mohd Ridzwan Bakri (Sabah).
 
Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Jepun; naib juara Kejuaraan Futsal AFF 2015, Australia serta Qatar.

Malaysia bakal memulakan kempen berdepan Australia (11 Februari) diikuti aksi bertemu Jepun (13 Februari) dan Qatar (15 Februari).

Jika berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan D, Malaysia bakal berdepan wakil dari Kumpulan C yang dibarisi juara 11 kali Kejuaraan Futsal AFF, Thailand, naib juara Kejuaraan AFF Futsal 2012, Vietnam, Taiwan dan Tajikistan di pusingan suku akhir.

Skuad kebangsaan dijadual bakal berlepas ke Uzbekistan pada Jumaat ini (5 Februari) dan bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan bertemu Uzbekistan bawah-23 tahun (6 Februari) dan Iraq (7 Februari).

Berikut jadual penuh aksi Kumpulan D Kejuaraan Futsal AFC 2016:

KHAMIS (11 FEBRUARI 2016)
Jepun lawan Qatar – 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)
Australia lawan MALAYSIA – 7.00 malam (Waktu Malaysia 10.00 malam)
 
SABTU (13 FEBRUARI 2016)
MALAYSIA lawan Jepun – 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)
Qatar lawan Australia – 7.00 malam (Waktu Malaysia 10.00 malam)
 
ISNIN (15 FEBRUARI 2016)
Jepun lawan Australia – 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)
MALAYSIA lawan Qatar – 4.30 petang (Waktu Malaysia 7.30 malam)

KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA, MARCELO SERPA

“Saya telah memilih 14 pemain ini kerana bagi pendapat saya, komposisi ini adalah yang terbaik buat pasukan kita untuk menghadapi Kejuaraan Futsal AFC kelak.

“Secara kesuluruhannya, saya berpuas hati dengan pilihan saya di mana pasukan telah menunjukkan kesungguhan sepanjang empat minggu latihan pusat dan lima perlawanan persahabatan untuk menunjukkan peningkatan mutu persembahan.

“Saya berharap minggu terakhir latihan pusat ini & dua lagi perlawanan persahabatan yang kita akan hadapi di Uzbekistan menentang pasukan Uzbekistan bawah-23 tahun (6 Februari) dan Iraq (7 Februari) mencukupi untuk mempersiapkan pasukan bagi kejohanan ini.

“Kumpulan D adalah kumpulan yang sukar buat kita dan aksi pertama menentang Australia (11 Februari) adalah umpama final dan kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemenangan. Keyakinan pasukan semestinya akan meningkat untuk pergi lebih jauh lagi.”

- Advertisement -