Berikut adalah senarai akhir nama 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress, Joel Cornelli untuk membawa cabaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 bagi saingan Bola Sepak Wanita pada 5 hingga 17 Disember 2025 di Chonburi, Thailand.

NoNamaUmurPosisi
1.Nurul Azurin Mazlan25Penjaga Gol
2.Nur Ezza Ashikin Abdul Razak22Penjaga Gol
3.Nur Amirah Abdul Rahman21Pertahanan
4.Eusvewana Kadius20Pertahanan 
5.Juliana Barek23Pertahanan
6.Siti Nurfaizah Saidin23Pertahanan
7.Nur Dhiyaa Addin Mohd Azhari19Pertahanan
8.Steffi Sarge Kaur37Pertahanan
9.Kanchenjeet Kaur Nanua19Pertahanan
10.Tegen Su-Yin Butler17Pertahanan
11.Nurhadfina Mohd Firdaus21Tengah
12.Jaciah Jumilis34Tengah
13.Haindee Mosroh32Tengah
14.Nur Najwa Irdina Zaidi19Tengah
15.Nur Syafiqah Zainal Abidin24Tengah
16.Nur Lyana Soberi26Tengah
17.Henrietta Justine23Penyerang
18.Nur Adrienna Zamzaihiri21Penyerang
19.Dian Aqilah Mohammed Imran18Penyerang
20.Nur Ainsyah Murad22Penyerang
21.Intan Sarah Anisah Zulgafli26Penyerang
22.Nur Laila Syamila A Rahim15Penyerang
23.Nur Fazira Muhamad Sani24Penyerang

Skuad Malayan Tigress berlepas ke Chonburi, Thailand pada hari ini bagi menghadapi cabaran Kumpulan B yang disertai empat pasukan iaitu bertemu Vietnam pada Jumaat, 5 Disember 2025; Myanmar pada Isnin, 8 Disember 2025 dan Filipina pada Khamis, 11 Disember 2025 di Stadium TNSU, Chonburi.

Juara kumpulan serta naib juara Kumpulan A dan B akan melangkah ke Separuh Akhir pada Ahad, 14 Disember 2025 sementara aksi Final dan Tempat Ke-3 akan berlangsung pada Rabu, 17 Disember 2025. 

- Advertisement -