Ahmad Fazrul in action

KINI MUNCUL PENDAHULU KESELURUHAN CP130

Tanpa meletakkan harapan tinggi, Ahmad Fazrul Sham sekali lagi berjaya menjuarai perlumbaan kategori CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, juga merupakan kemenangan kedua berturut-turut musim 2015 pada saingan pusingan kelima yang berakhir di Kompleks Sukan Hang Jebat, Melaka, hari ini.

Pelumba Yamalube AHM itu berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa sebarang gelaran juara pada saingan pusingan keempat di Terengganu, Mei lepas dan kali ini berjaya tampil konsisten untuk meraih kemenangan keduanya setelah menamatkan 18 pusingan perlumbaan di kedudukan pertama dengan masa 14’51.226s.

“Saya memang mempunyai keyakinan tinggi terhadap jurutera pasukan untuk menyediakan jentera terbaik kepada saya, namun sama sekali tidak menyangka dapat memenangi perlumbaan buat kali kedua berturut-turut, pencapaian yang bukan mudah untuk dilakukan dalam kelas perdana CP130 ini,” jelas Fazrul terhadap kemenangannya.

Mengulas lanjut, Fazrul berkata, “Mekanik pasukan telah bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan terbaik dan telah melakukan pelbagai ujian bagi memastikan jentera kami mempunyai kelajuan untuk menyaingi pasukan-pasukan lain. Malah aksi di dalam kelas Underbone 130cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) juga memberi kelebihan kepada kami untuk melakukan lebih banyak ujian dan kajian bagi mendapatkan jentera lebih baik.

“Pada masa sama, saya juga tidak hanya bergantung kepada pasukan dan jentera semata-mata. Saya juga bekerja keras untuk mencari keserasian dengan jentera Yamaha setelah beralih dari jentera Honda yang digunakan pada musim lepas. Sebenarnya, secara keseluruhan, saya masih belum 100 peratus serasi dengan jentera ini kerana masih ada beberapa perkara kecil yang erlu diperbaiki. Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini sewaktu bersaing di ARRC pada awal Julai depan sebelum berhenti rehat panjang bagi menghadapi bulan Ramadan dan Hari Raya.”

Sementara itu, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) berjaya menamatkan penantian podium pada musim ini apabila berjaya menamatkan saingan di tempat kedua bersama-sama rakan sepasukan, Mohd Affendi Rosli yang berada di kedudukan ketiga. Afif menamatkan perlumbaan dengan masa 14’53.095s dan Affendi dengan masa 14’55.306s.

Gelaran juara turut membantu Fazrul untuk merampas kedudukan pendahulu daripada abangnya, Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan mengumpul 70 mata manakala Fazli dengan 64 mata. Tempat ketiga milik Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) dengan 60 mata.

“Saya sebenarnya sama sekali tidak memikirkan tentang kedudukan keseluruhan dan terkejut ketika melihat carta saya kini berada di tangga teratas. Kalau boleh, saya tidak mahu memikirkan tentang kedudukan ini pada perlumbaan akan datang kerana selama ini saya hanya datang ke litar dengan matlamat untuk menang tanpa memikirkan tentang kedudukan keseluruhan,” jelas Fazrul lagi.

Kasma Daniel Kasmayudin terus mempamerkan kehandalan apabila berjaya meraih kemenangan ketiga berturut-turut pada musim ini setelah muncul juara bagi kelas CP115 dengan masa keseluruhan 12’39.403s.

Pelumba muda berbakat dari pasukan PETRONAS Yamaha Maju Motor itu menewaskan duo Motul Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin dan Mohd Izzat Zaidi Salehan, masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan masa 12’41.063s dan 12’44.843s.

“Kunci utama kemenangan saya pada hari ini adalah dari segi kecergasan fizikal dan juga jentera yang sangat baik. Saya sedar untuk mengendalikan jentera pasukan yang laju, saya sendiri juga perlu mempunyai kecergasan fizikal yang secukupnya. Malah pengalaman menggunakan jentera lebih berat dalam saingan kelas 250cc di Kejuaraan Motosikal Asia FIM juga membantu saya untuk mengendalikan jentera CP115 ini dengan lebih mudah” jelas Kasma.

Selepas lima pusingan, Kasma mendahului senarai keseluruhan dengan 95 mata diikuti Tengku Amirul kedua dengan 86 mata manakala Ahmad Syukran Aizat yang menamatkan saingan di tempat keempat di tangga ketiga dengan 49 mata.

Dalam perlumbaan kelas Wira, Mohd Harith Farhan (Kozi Yam Honda Racing) meneruskan penguasaan untuk memenangi perlumbaan keempat berturut-turut pada musim ini apabila muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan masa keseluruhan 11’23.222s setelah perlumbaan dihentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan.

Tempat kedua milik Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) dengan masa 11’27.714s dan tempat ketiga dimenangi Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 11’27.864s.

“Selepas perlumbaan dihentikan, saya sedikit tertekan kerana sebelum itu kedudukan saya sudah jauh di hadapan meninggalkan pelumba-pelumba lain. Mujurlah selepas kami bermula semula, saya masih berupaya mengekalkan kedudukan di hadapan dan menjarakkan diri dari lain-lain pelumba sehingga ke garisan penamat,” jelas Harith yang turut menjarakkan diri di tangga teratas keseluruhan dengan 120 mata.

Saiful Izman berada di tangga kedua dengan 73 mata dan Khairul Ikhwan ketiga, 54 mata.

Keputusan

CP130

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 14’51.226s
  2. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14’53.095s
  3. Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14’55.306s
  4. Mohd Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 14’56.008s
  5. Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 14’58.761s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 70 mata
  2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 64 mata
  3. Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 60 mata
  4. Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 59 mata
  5. Elly Idzlianizar Ilias (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 57 mata

Anugerah Berpasukan

  1. PETRONAS Yamaha Maju Motor 139 mata
  2. Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 120 mata
  3. PETRONAS Yamaha-CKJ 108 mata
  4. Yamalube AHM 100 mata
  5. Motul Yamaha YY Pang 76 mata

CP115

  1. Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 12’39.403s
  2. Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) 12’41.063s
  3. Mohd Izzat zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 12’44.843s
  4. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) 12’45.419s
  5. Mohd Izrul Huzaimie Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) 12’48.525s

Kedudukan Keseluruhan 

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 95 mata
  2. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) 86 mata
  3. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) 49 mata
  4. Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 45 mata
  5. Mohd Emir Firdaus Hasan (Jetron Apido Team PJM) 43 mata

Anugerah Berpasukan

  1. Motul Yamaha YY Pang 131 mata
  2. PETRONAS Yamaha Maju Motor 108 mata
  3. PETRONAS Yamaha CKJ 82 mata
  4. Felda PB Racing A 73 mata
  5. M Seki Liberty Honda 58 mata

WIRA

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 11’23.222s
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 11’27.714s
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 11’27.864s
  4. Mohd Irfan Rosnizam (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 11’28.866s
  5. Saiful Azhary Muhamad (Kozi Yam Honda Racing) 11’29.009s

Kedudukan Keseluruhan

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 120 mata
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 73 mata
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 54 mata
  4. Amirul Hakim Mohd Rizal (Espada William Racing) 51 mata
  5. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (elf Koyoko KC Racing) 50 mata  

 

SHAM BROTHERS ON COMEBACK TRAIL 

Brothers Ahmad Fazli Sham and Ahmad Fazrul Sham are firmly on the comeback trail as the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship completes its mid-season round in Melaka on June 13 and 14, 2015. Two weeks after winning Round 4 in Kuala Terengganu, Fazrul Sham was again the dominant factor in the Melaka race.

Starting the CP130 final from pole position, Fazrul needed only a few laps to put his closest competitor, Mohd Affendi Rosli, in his place. From Lap 4 onwards, Fazrul rode an uncontested race at the head of the pack, winning the 19-lap race with a total time of 14’51.226s.

1.869s behind Fazrul, Ahmad Afif Amran gained the upper hand over Affendi and secured the second place with a time of 14’53.095s. Affendi who was strong at the start of the race, managed to hang on to third place with a time of 14’55.306s.

“Although I had the highest of confidence in my team engineers, winning two races back to back was a surprise. It’s not an easy feat given how competitive the CP130 class is,” said Fazrul.

Zaqhwan Zaidi’s return to Cub Prix did not go according to script for the defending champion when he crashed out of the race on Lap 6.

Two consecutive wins put Fazrul at the top of the riders’ standings as Cub Prix heads to its customary Ramadhan break. Despite not picking up any points from Round 1, Fazrul’s strong performance over the last two rounds has earned him a total of 70 points, 6 points ahead of older brother Ahmad Fazli Sham.

In the CP115 class, Kasma Daniel Kasmayudin was also in a league of his own. Kasma blazed his way past the competition and easily won the CP115 Final with a time of `1’29.403s. Motul YY Pang duo Tengku Amirul Haffirudin and Md Izzat Zaidi grudgingly settled for second and third places respectively with 12’41.063s and 12’44.843s.

Kasma’s hattrick of wins has netted him 95 points to date. Tengku Amirul hovers in second overall with 86 points. The two riders are so far ahead in the rankings that the CP115 class is in danger of turning into a two-horse race. Third overall rider, Ahmad Syukran Aizat has only 49 points to his name.

Finally, Md Harith Farhan Baharin aced the Wira Final for the fourth consecutive times this year with a total race time of 11’23.222s Saiful Izman Ahmad Zamani was second with 11’27.714 while Md Khairul Ikhwan Ajis rounded up the winning trio with 11’27.864s.

Results

CP130

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 14’51.226s
  2. Ahmad Afif Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14’53.095s
  3. Mohd Affendi Rosli (PETRONAS Yamaha-CKJ) 14’55.306s
  4. Mohd Azhar Abd Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 14’56.008s
  5. Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 14’58.761s

Standings

  1. Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) 70pt
  2. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 64pt
  3. Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 60pt
  4. Abd Muhaimin Roslan (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 59pt
  5. Elly Idzlianizar Ilias (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 57pt

Team Award

  1. PETRONAS Yamaha Maju Motor 139pt
  2. Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 120pt
  3. PETRONAS Yamaha-CKJ 108pt
  4. Yamalube AHM 100pt
  5. Motul Yamaha YY Pang 76pt

CP115

  1. Kasma Daniel Kasmayuddin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 12’39.403s
  2. Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) 12’41.063s
  3. Mohd Izzat zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 12’44.843s
  4. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) 12’45.419s
  5. Mohd Izrul Huzaimie Amran (PETRONAS Yamaha-CKJ) 12’48.525s

Standings 

  1. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 95pt
  2. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) 86pt
  3. Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha-CKJ) 49pt
  4. Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 45pt
  5. Mohd Emir Firdaus Hasan (Jetron Apido Team PJM) 43pt

Team Award

  1. Motul Yamaha YY Pang 131pt
  2. PETRONAS Yamaha Maju Motor 108pt
  3. PETRONAS Yamaha CKJ 82pt
  4. Felda PB Racing A 73pt
  5. M Seki Liberty Honda 58pt

WIRA

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 11’23.222s
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 11’27.714s
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 11’27.864s
  4. Mohd Irfan Rosnizam (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 11’28.866s
  5. Saiful Azhary Muhamad (Kozi Yam Honda Racing) 11’29.009s

Standings

  1. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 120pt
  2. Saiful Izman Ahmad Zamani Zamani (Felda AFB Tech Cardinals Racing) 73pt
  3. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Espada William Racing) 54 pt
  4. Amirul Hakim Mohd Rizal (Espada William Racing) 51pt
  5. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (elf Koyoko KC Racing) 50pt
- Advertisement -