Temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja akan membuka tirai secara rasmi pada 5 hingga 17 Mei 2023 dengan Acara Hoki Dalam Dewan (Lelaki dan Wanita) akan dipertandingkan pada 1 hingga 8 Mei 2023 di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar, Kemboja.

Berbaki tidak sampai sebulan, Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan di Perth Australia pada 9 hingga 19 April telah diatur buat Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita kini dalam fasa terakhir bagi memastikan persiapan pasukan menjelang temasya dwi-tahunan itu berada di tahap terbaik.

Seramai 15 pemain lelaki iaitu tiga penjaga gol, empat pemain pertahanan, tiga pemain di bahagian tengah dan lima penyerang bakal mengikuti Siri Jelajah Persahabatan ini sementara pasukan wanita membariskan 14 pemain iaitu tiga penjaga gol, tiga pertahanan, tiga pemain di bahagian tengah dan lima penyerang.

Pasukan Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan akan berlepas ke Perth, Australia pada 9 April dengan enam aksi persahabatan menentang Western Australia State Team telah diatur buat mereka dan perlawanan pertama akan berlangsung pada 11 April (Selasa) dan dijangka tiba di Malaysia pada 20 April.

Bagi Temasya Sukan SEA Phnom Penh, Kemboja 2023, Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Mohd Hanip Ā Che Halim dan En. Shurizan Mansor selaku Pengurus Pasukan sementara Saiful Azhar Mohd Afendi akan bertindak selaku Jurulatih Penjaga Gol Lelaki dan Wanita.

Bagi SkuadĀ  Wanita pula, mereka dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Mohd Badrul Hisham Osman, Jurulatih, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi, dan Pengurus Pasukan, Abdul Razak @ Rahman Bin Pendek.

Ketua Jurulatih Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki negara, Mohd Hanip Che Halim menjelaskan Siri Perlawanan Persahabatan ini akan dijadikan sebagai medan bagi menguji setiap perancangan yang telah diatur dari segi teknikal dan tektikal.

ā€œSaya mahu pemain menterjemahkan setiap percaturan yang telah dibuat di Kuala Lumpur apabila bermain di Perth nanti dan daripada enam perlawanan itu nanti, saya akan menilai di mana tahap pasukan kami sebelum kami ke Kemboja.

ā€œSetiap kekurangan dan kelebihan yang dilihat nanti saya akan rumuskan dan memperkemas serta memperbaiki lagi kelemahan pasukan supaya kami bersedia sepenuhnya untuk ke Kemboja,ā€ jelasnya.

Sementara Ketua Jurulatih Wanita, Mohd Badrul Hisham Osman berkongsi terdapat empat atau lima wajah baru dibawa pada Siri Jelajah Persahabatan ini selain tujuh daripada pemain yang dibawa merupakan pemain yang beraksi pada Kejohanan Piala Asia Hoki Dalam Dewan, tahun lalu.

 

ā€œKami telah menyusun jadual di sana di mana setiap pagi kami akan menjalani latihan dan sebelah malam kami akan bermain perlawanan persahabatan.

ā€œKami juga akan menjadikan aksi persahabatan ini sebagai medan untuk memilih siapa 12 pemain terbaik yang akan ke Sukan SEA dan objektif kami dalam Siri Jelajah Persahabatan ini untuk memberikan lebih perlawanan di peringkat antarabangsa kepada pemain.

ā€œPengalaman yang diraih pada siri persahabatan ini juga perlu digunakan sebaiknya untuk wajah-wajah baru dan berharap mereka dalam menyesuaikan diri dengan tempo perlawanan yang tinggi,ā€ ujarnya.

Ā 

Berikut merupakan senarai 15 pemain lelaki yang mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan, Perth, Australia.

NO NAMA POSISI
1. Mohd Khairul Afendy Kamaruzaman Penjaga Gol
2. Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri Penjaga Gol
3. Muhammad Hamiz Mohd Ahir Penjaga Gol
4. Muhammad Aslam Mohamed Hanafiah Pertahanan
5. Muhammad Firdaus Omar Pertahanan
6. Razali Mohd Hazemi Pertahanan
7. Adam Aiman Ā Mamat Pertahanan
8. Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan Tengah
9. Muhamad Izham Ā Azhar Tengah
10. Mohd Norhafizie Jamil Azomi Tengah
11. Faridzul Afiq Mohd Penyerang
12. Abdul Khaliq Hamirin Penyerang
13. Danial Asyraf Ā Abdul Ghani Penyerang
14. Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman Penyerang
15. Syed Mohamad Syakir Syed Cholan Penyerang

Ā 

Berikut merupakan senarai 14 pemain wanita yang mengikuti Siri Jelajah Perlawanan Persahabatan, Perth, Australia.

NO NAMA POSISI
1. Farah Ayuni Yahya Penjaga Gol
2. Nur Hazlinda Zainal Abidin Penjaga Gol
3. Fitrinur Amiera Ramlee Penjaga Gol
4. Fazilla Sylvester Silin Pertahanan
5. Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun Pertahanan
6. Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi Pertahanan
7. Surizan Awang Noh Tengah
8. Raja Norsharina Raja Shahbuddin Tengah
9. Nur Aisyah Hashim Tengah
10. Nuraslinda Said Penyerang
11. Nur Atira Mohamad Ismail Penyerang
12. Iren Hussin Penyerang
13. Qasidah Najwa Muhammad Halimi Penyerang
14. Nurul Farawahida Marzuki Penyerang

Ā 

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan persahabatan Skuad Hoki Dalam Dewan Lelaki dan Wanita Kebangsaan menentang Western Australia State Team di Siri Jelajah Perth, Australia. Semua perlawanan akan berlangsung di Lumen Christi College.

NO TARIKH MASA SKUAD
 

1.

 

11 April 2023

(Selasa)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki
 

2.

 

12 April 2023

(Rabu)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki
3. 14 April 2023

(Jumaat)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki
4. 15 April 2023

(Sabtu)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki
5. 17 April 2023

(Isnin)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki
6. 18 April 2023

(Selasa)

7.00 Malam Wanita
8.30 Malam Lelaki

Ā 

** Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -