Syazwan Amanie

Setelah seminggu mengharungi enam perlumbaan di Belanda, Skuad Junior Cycling Malaysia (JCM) menimba pengalaman di bumi Eropah pada awal Julai sebagai salah satu program pendedahan asas dalam mencari bakat bakat baru untuk diketengahkan kelak.

Mereka menyertai enam perlumbaan di Belanda selama seminggu, dibawah bimbingan Pengarah Pembangunan JCM, Graham Seers serta Jurulatih JCM, Faiz Izzudin.

Skuad  JCM Jelajah Eropah yang dibarisi oleh Shahmir Aiman, Nurfitri Ammar, Faiz Shaiful Rizal, Adam Haiqal, Ridwan Sahrom, Faisal Izzudin, Syazwan Amanie dan Ibni Hissham tiba di Belanda pada 5 Julai yang lalu bagi menyesuaikan diri dengan cuaca dan perbezaan masa di sini sebelum beraksi bermula 8 hingga 10 Julai.

Pelumba berusia 17 tahun, Shahmir Aiman, perlumbaan di Eropah memberi pengalaman baru buatnya apabila terpaksa beraksi dalam Kategori Terbuka susulan acara Bawah 19 tahun dibatalkan kerana kurang mendapat sambutan.

Berlumba dalam kategori Terbuka Lelaki dengan peserta yang jauh lebih berusia ditambah dengan suhu persekitaran kira kira 12 darjah Celcius jelas memberi cabaran getir kepada beliau dan rakan rakan.

“Perlumbaan paling mencabar bagi saya ialah perlumbaan yang kelima di Kwintsheul, Belanda, dimana ia turut disertai Faiz dan Ammar.

“Kami berlumba dalam keadaan hujan di atas trek yang diperbuat daripada susunan bongkah konkrit, Alhamdulillah, berkat usaha rakan sepasukan dan doa dari semua, saya berjaya meraih tempat keempat manakala Ammar di tangga kelima,” jelas Shahmir Aiman (gambar utama).

Dalam pada itu, Jurulatih Junior Cycling Malaysia, Faiz Izzudin berkata, JCM merupakan sebuah program pembangunan sukan berbasikal.

Meskipun tidak meraih sebarang kemenangan, namun pelumba pelumba cilik ini mempamer semangat daya saing yang tinggi terhadap peserta tempatan.

Ibni Hissham

“Walaupun pelumba-pelumba kita jarang mendapat tempat di podium, tetapi saya bangga kerana sepanjang 6 perlumbaan, para pelumba menunjukkan peningkatan yang positif.

“JCM merupakan program pembangunan akar umbi yang membentuk dan membangunkan pelumba.

“Jadi, bagi kami keputusan adalah bonus tetapi kemajuan pelumba dari semasa ke semasa menjadi fokus kami,” kata Faiz.

Junior Cycling Malaysia (JCM) merupakan inisiatif di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membangunkan sukan berbasikal di Malaysia melalui siri perlumbaan kriterium dan pendedahan perlumbaan di luar negara melalui falsafah Path of Champions.

 

KEPUTUSAN PERLUMBAAN DI JELAJAH EROPAH: 

TARIKH – 8 Julai 2017

ACARA – Kejohanan Kriterium Abbenbroek

Kategori Kategori B-19

1. Shahmir Aiman (17)

2. Nurfitri Ammar (21)

3. Faiz Shaiful Rizal (69) *Faiz memenangi tempat kedua pusingan pecut.

NOTA:

Mereka berlumba dalam kategori Lelaki Terbuka kerana kategori B-19 dibatalkan oleh penganjur akibat kurang dapat sambutan.

TARIKH – 9 Julai 2017

ACARA – Kejohanan Kriterium Nispen

Kategori B-17

 1. Ibni Hissham (10)

2. Ridwan Sahrom (20 teratas) *Ridwan juara pusingan pecut.

3. Syazwan Amanie (20 teratas)

4. Faisal Izzudin (20 teratas)

5. Adam Haiqal (tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal)

Kategori B 19 

 1. Nurfitri Ammar (13) *Juara pusingan pecut.

2. Faiz Shaiful Rizal (18)

3. Shahmir Aiman (tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal)

NOTA:

Pelumba B-19 berlumba dalam kategori Lelaki Terbuka kerana kategori B-19 dibatalkan oleh penganjur akibat kurang dapat sambutan.

TARIKH : 10 Julai 2017

ACARA: Kejohanan Kriterium Herlee

Kategori B-19

1. Nurfitri Ammar (13)

2. Faiz Shaiful Rizal (18)

3. Shahmir Aiman (21)

NOTA:

1. Kategori B-19 dan Lelaki Terbuka digabungkan oleh pihak penganjur kerana kurang dapat sambutan kedua-dua kategori.

2. Fitri Ammar dinobatkan sebagai Naib Juara kategori remaja manakala Faiz ditempat ke-3 dan Aiman ditempat ke-5.

TARIKH : 12 Julai 2017

ACARA :Kejohanan Kriterium Breda

Kategori B-17

1. Syazwan Amanie (2)

2. Faisal Izzudin (3)

3. Ibni Hissham (10 teratas)

4. Adam Haiqal (10 teratas)

5. Ridwan Sahrom (tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana terbabit kemalangan di pusingan ke-3)

Kategori B-19

1. Faiz Shaiful Rizal (1)

2. Nurfitri Ammar (2)

3. Shahmir Aiman (3)

TARIKH – 14 Julai 2017

ACARA – Kejohanan Kriterium Kwintsheul

Kategori B-19

1. Shahmir Aiman (4)

2. Nurfitri Ammar (5)

TARIKH – 16 Julai 2017

ACARA – Kejohanan Kriterium Oudenbosch

Kategori B-19

1. Nurfitri Ammar (12)

2. Faiz Shaiful Rizal (Juara dan tempat ke-7 pusingan pecut)

- Advertisement -