Lagenda bolasepak Brazil seperti, Paulo Roberto Falcao, Zico, Junior dan Leandro antara 19 bekas pemain mengambil inisiatif menyeru mana mana pihak untuk bersama sama membantu Brazil mengharungi tempoh yang sukar susulan pandemik Covid 19.

Menerusi rakaman video, Falcao dan pemain pemain lain meminta pihak yang berkemampuan untuk tampil menderma dan membantu golongan yang memerlukan.

Falcao yang pernah beraksi untuk AS Roma dan Internacional berkata, beliau berjaya meraih kutipan kira kira USD 500 000 dalam masa seminggu.

Setakat ini Brazil merekodkan lebih 126 000 kes jangkitan positif Covid 19 dengan 8588 kematian direkodkan dan pakar perubatan menjangkakan angka kematian akan meningkat  

 

- Advertisement -