Selepas sembilan perlawanan telah diharungi, SMK Seksyen 11 tetap gah mengekalkan rekod tanpa kalah untuk terus mengekori pendahulu Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B dalam saingan 100PLUS Liga Premier Liga Piala Menteri Pendidikan Malaysia 100PLUS Bawah 14 Tahun.

Enam kemenangan dan tiga seri yang diraih membuktikan kemampuan pasukan ini mempunyai sistem pengurusan yang mantap sekaligus dilandasan terbaik untuk memburu kejuaraan liga.

“Pemain pemain tampak keletihan dan lesu kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas pulang dari Johor pada Rabu. Meskipun berjaya menguasai perlawanan, tetapi banyak peluang gagal dimanfaatkan.

“Dipenghujung perlawanan, mereka hilang fokus dan melepaskan gol di penghujung perlawanan,”kata Ketua Jurulatih SMK Seksyen 11 Lafizul Nizam.

Peluang SMK Seksyen 11 untuk mengekori rapat pendahulu sedikit terjejas apabila melakar keputusan seri satu sama dengan SMK Ibrahim Fikri pasa Sabtu.

Meskipun mendahului menerusi Muhd Fakhrul Ezwan Mohd Rodzi di babak pertama, kealpaan dipenghujung perlawanan dihukum pelawat menerusi penyudah Mohd Danial Mohd Nor.

SMK Seksyen 11 kini dibezakan lima mata dengan SSMP B yang mengumpul 26 mata  selepas mengharugi 10 perlawanan.

Kedudukan SMK Seksyen 11 bakal digugat SMK Putera  yang turut berkongsi 21 mata, dan beraksi kurang satu perlawanan.

“Saya sentiasa mengingatkan kepada pemain pemain agar tidak menyalahkan diantara satu sama lain jika ada kesilapan, sebaliknya memberi sokongan kerana tanggungjawab dipikul bersama,”kata Lafizul lagi.

Sementara itu dalam saingan Liga Super, SSMP A kembali menerajui liga selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas SMK Mutiara Impian di tempat lawan.

SSMP A mendahului 3 gol menerusi Mohd Haykal Danish Mohd Haizon (min 17), disusuli dua gol Muhd Safwan Shuhaimi (min 23, 44) manakala gol tuan rumah hadir menerusi Muhd Faris Fizri (min 66).

SSMP A mengumpul 18 mata, empat mata didepan SMK Mutiara Impian sementara SMK Bukit Indah dikedudukan ketiga, berkongsi 12 mata dengan SMK Seberang Temerloh dan SMK Zaaba yang menghuni tangga ke empat dan lima.

Saingan Liga Super Liga Piala KPM-FAM, SMK Seberang Temerloh mengalami kekalahan kedua selepas tewas 1-2 kepada SMK Tabuan Jaya namun masih mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan 19 mata, dibezakan tiga mata dengan SSMP B15 A.

SMK Taman Bukit Indah ditangga ketiga, berkongsi 15 mata dengan SMK Gunung Rapat.

Sementara Liga Premier diungguli SMK Seksyen 11 yang menang 1-0 ke atas SMK Ibrahim Fikri sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 10 perlawanan dengan 24 mata diraih hasil tujuh kemenangan dan tiga seri.

SMK Victoria ditangga kedua dengan 21 mata manakala Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di tangga ketig dengan 18 mata.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN B14 (LIGA SUPER)

 

SMK Gunung Rapat                                      1

SMK Tunku Anum                                        1

 

SMK Mutiara Impian                                    1

SSMP A                                                      3

 

SMK Presint 14 (1)                                       1

SMK Bukit Nenas                                                 1

 

SMK Taman Bkt Indah                                 0

SMK Zaaba                                                 1

 

SMK Seberang Temerloh                              3

SMK Tabuan Jaya                                        1

 

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN B14 (LIGA PREMIER)

 

SSMP B13                                                  3     

SMK Tmn Bkt Indah B13                               0

 

SMK Syed Hassan                                        4

SMK Anderson                                            0

 

SMK Tun Hussein Onn                                  2

SMK Kem Terendak                                     1

 

SMK Seksyen 11                                         1                     

SMK Ibrahim Fikri                                        1

 

MSS Putrajaya                                            1

MSS Labuan                                               0

 

SSTMI B13                                                 3

SMK Datuk Peter Mojuntin                            3

- Advertisement -