photo – www.sultanjohorcup.com.my

 

Selepas penundaan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah, pertrandingan peringkat remaja, Kejohanan Hoki lelaki B21 Piala Sultan Johor dibatalkan turut menerima perkhabaran yang sama.

Penundaan dibuat atas nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Keputusan penundaan diumumkan Pemangku Presiden Persatuan Hoki Johor, Datuk Manjit Majid Abdullah dengan faktor kesihatan awam lebih menjadi keutamaan Sultan Ibrahim susulan seluruh dunia sedang berdepan krisis Pandemik Covid 19.

Tambah Manjit, pihaknya akan menghubungi pasukan pasukan luar yang telah mengesahkan penyertaan.

SOJC 2020 dijadual berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober depan dan empat negara; Great Britain yang juga juara bertahan, India, Australia dan tuan rumah, Malaysia mengesahkan penyertaan.

- Advertisement -