Kesemua atlet dan pegawai yang menjalani kem latihan pusat bagi Program Road To Tokyo (RTT) sah bebas daripada sebarang jangkitan Covid 19.

Ia jelas satu perkhabaran positif buat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas melihat perlaksaan kem latihan bagi persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerusi kenyataan media hari ini mengesahkan keputusan ujian swab bagi kesemua 24 orang terdiri daripada atlet, jurulatih, atlet sparing, pengurus sukan, anggota sokongan serta pegawai sains dan perubatan sukan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi didapati negatif.

ā€œSemua sesi latihan melibatkan kedua-dua pusat latihan ini akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan untuk dipatuhi oleh semua atlet, jurulatih serta pegawai sains dan perubatan sukan,ā€ kata Shapawi.

Beliau turut mengesahkan ujian melibatkan 38 individu bagi kem badminton negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara adalah negatif semalam.

Sementara itu, 146 individu, termasuk 14 atlet dan 26 atlet para, dijangka memulakan kem latihan di MSN Bukit Jalil Isnin depan.

 

- Advertisement -