Pemain perseorangan profesional negara, Soong Joo Ven menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir saingan badminton Top Glove Purple League Pro Am 2020 bagi saingan perseorangan lelaki.

Beliau bagaimanapun berdeoan tentangan sengit dan dipaksa beraksi sehingga empat set sebelum menang 3-1 (11-10, 11-7, 10-11, 11-8) ke atas anak kepada lagenda badminton negara, Misbun Ramdan Misbun.

Namun tumpuan saingan perseorangan lelaki terarah kepada prestasi pemain kurang upaya, Cheah Like Hou yang mengesahkan slot ke peringkat suku akhir.

Beliau nyata mahu membuktikan kemampuannya di atas gelanggang apabila meundukkan Muhd Naim Ahmad Fairuzly dalam aksi lima set 11-7, 11-5, 7-11, 9-11, 11-9.

Liek Hou berkata tentangan sengit lawannya bermula ketika di set ketiga apabila berjaya membaca corak permainannya.

“Saya kurang mahir dengan sistem 11 mata dan ia sedikit mengganggu tetapi saya tetap fokus dan menguatkan mental untuk mencari kemenangan dan memanfaatkan kesilapan lawan.

“Saya bertuah kerana penyertaan diterima walaupun ini adalah pertandingan untuk pemain pemain normal ditambah kekurangan yang ada pada diri. Saya tidak tahu sejauh mana saya boleh capai.

“ Saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran dan hanya fokus satu perlawanan demi satu perlawanan,”kata Cheah Liek Hou.

Beliau akan berdepan Mohamed Izzuddin yang menundukkan pilihan ke 3/4, Tan Jia Wei 3-2 (11-8, 9-11, 7-11, 11-5, 11-5) di peringkat suku akhir.

Cheah turut mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2021 dan berharap pandemik Covid 19 akan berakhir kerana misinya adalah untuk beraksi di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Jepun.

Turut mara ke suku akhir, pilihan kedua, Iskandar Zulkarnain yang melakafr kemenangan straight set 3-0 (11-4 11-3 11-6) ke atas Tah Zi Yi.

Lain lain perlawanan, Zuhelmi Zulkifli menang 11-5, 11-3, 9-11, 11-6, ke atas Lye Jun Yew manakala Lim Chi Wing melakar kejutan selepas menundukkan pilihan ke 3/4, Yeoh Seng Zoe 11-8, 11-10, 5-11, 11-6.

Tan Ming Kang turut mengesahkan slot ke suku akhir selepas bangkit dsaripada kekalahan di set pertama sekaligus menang ke atas Chea Cheng Xiang 6-11 11-5 6-11 11-8 11-7

- Advertisement -