sportsexcel (2)

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan tambahan dana tahunan sebanyak RM 150, 000 untuk Sportexcel setiap tahun dalam melaksanakan program diperingkat akar umbi sekaligus melahirkan atlet masa depan.

Ia diumumkan ketika beliau berucap merasmikan Majlis sambutan ulangtahun ke 25 Sportexcel di ibu negara.

ā€œSportexcel memohon peruntukkan sebanyak RM 250, 000 seperti tahun lalu kepada saya (Kementerian Belia dan Sukan). Saya fikir, di sambutan ulangtahun jubli perak. Saya memutuskan untuk menjadikannya sebanyak RM 400, 000.ā€ Kata Khairy Jamaluddin.

Sejak ditubuhkan pada April 1991, SporExcel telahpun dimulakan pada 1991, member fokus dalam program pembangunan menerusi 12 sirkit kejohanan bagi sukan boling, kriket, berbasikal, gimnastik artistik dan gimrama, sepak takraw, menembak, skuasy, renang, taekwondo, tenis, olahraga dan golf.

Penambahan peruntukkan ini jelas menggembirakan Pengerusi SportExcel yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar.

Malah, beliau member bayangan untuk menambah satu atau dua lagi acara sukan dalam sirkit serta membawa atlet yang berada dibawah program Sportexcel ke pentas antarabangsa.

“Kami perlu menambahbaik program acara renang serta program olahraga,” katanya.

- Advertisement -