Walaupun beraksi dalam kecederaan, apit kanan veteran Khairudin Adenan tetap tampil dengan libasan bertenaga untuk membantu ATM Guardians mencatat kemenangan straight set 2-0 ke atas Melaka Titans dalam aksi Sepaktakraw League 2018, di Gem In Mall, Cyberjaya.

Khairuddin bersama gandingannya tekong kebangsaan Hairul Hazizi Haidzir dan Norfaizzul Razak melakar kemenangan 21-19, 21-16 ke atas Melaka diketuai apit kiri Hasif Yusof yang bergandingan dengan Sahidan Ali dan Asyraaf Zawawi.

Kemenangan kelima berturut-turut itu membantu ATM Guardians mengekalkan rekod tanpa kalah dan mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas STL Premier dengan 10 mata tatkala Melaka pula kekal terperosok di tangga tercorot dengan hanya dua mata.Ā 

Jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah memuji disiplin serta karakter ditunjukkan regunya di dalam memastikan kemenangan sambil berharap pemainnya tidak terbuai dan kekal fokus untuk menghadapi dua lagi aksi penting minggu ini.Ā Ā 

ā€œKita tahu Melaka akan cuba bangkit daripada permulaan buruk dan saya sudah ingatkan pemain supaya tidak mengambil mudah perlawanan ini. Jelas sekali mereka memberi tumpuan penuh dan tidak leka. Melaka menyukarkan kita terutama di set pertama dan kita juga memberikan mata mudah kerana beberapa kesilapan daripada Khairuddin.

ā€œPrestasi Khairudin sedikit terjejas kerana dia sebenarnya bermain dalam kecederaan tetapi saya kagum dengan kesungguhan dan komitmen ditunjukkannya yang mahu terus bermain. Saya juga memilih untuk tidak buat pertukaran dan kekalkan regu sama sehingga tamat permainan dan rasa gembira kerana percaturan itu menjadi. Ā Ā Ā Ā Ā 

ā€œSaya mahu pemain-pemain segera alihkan perhatian kepada perlawanan seterusnya menentang PDRM pada Sabtu, misi kita adalah mengekalkan momentum kemenangan dan melihat kepada prestasi semasa, saya berkeyakinan kita boleh melakukannya,ā€ kata Aswadi.

Dalam pada itu, KL Thunders pula kembali ke landasan kemenangan dan menambah duka Penang Black Panthers apabila menghadiahkan juara bertahan itu kekalahan kedua berturut-turut. Ā 

Kemasukan tekong gantian Idham Sulaiman di set kedua membantu naib juara musim lalu itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan 2-1 (17-21, 21-15, 21-16) ke atas trio Syahir Rosdi-Azlan Alias-Zaim Razali sekaligus melonjak ke tangga kedua liga.

ā€œKedua-dua pasukan sebenarnya mempunyai kekuatan seimbang, ia adalah mengenai pasukan mana kurang melakukan kesilapan. Kita melakukan kesilapan di set pertama dan setelah kenalpasti apa yang tidak kena, saya masukkan Idham ganti Aizat (Azmi).

ā€œKita kembali dalam permainan dan berjaya mencatat satu kemenangan yang boleh dikatakan kemenangan besar kerana mereka adalah juara bertahan,ā€ kata jurulatih KL Thunders, Azhar Sarabini. –Ā OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -