Temasya Sukan Para ASEAN 2020 yang dijadual berlangsung pada pertengahan Januari berkemungkinan besar akan ditunda.

Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo dan Pesuruhjaya Sukan Arnold Agustin menerusi laporan media tempatan menjelaskan, proses kelulusan peruntukkan menjadi faktor keputusan ini dibuat.

Kelulusan Bajet negara itu hanya akan dikeluarkan pada awal tahun depan. Justeru cadangan untuk meminda Sukan Para ASEAN ditetapkan pada bulan Mac dan dilihat tempoh masa yang mencukupi untuk jawatankuasa penganjur melakukan persiapan dengan sebaiknya.

Bagi penganjuran temasya Sukan Para ASEAN Filipina, Majlis Paralimpik Filipina (PPC) menetapkan 16 sukan antaranya memanah, olahraga, badminton, boccia, chess, berbasikal, bola sepak, judo, powerlifting dan goalball.

Sukan berhalangan juga dimasukkan tetapi dijadikan sebagai sukan pertunjukkan sahaja.

Pesuruhjaya Sukan Filipina menjangkakan perbelanjaan sekitar 100juta Peso bagi penganjuran Sukan Para ASEAN namun ia dijangka meningkat diantara 300 juta Peso ke 500 Juta Peso kerana melibatkan pembelian peralatan untuk pertandingan dan perbelanjaan pegawai pegawai teknikal.

- Advertisement -