Dengan mempertaruhkan skuad berwajah baharu dibarisi pemain muda, Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya layak ke peringkat suku akhir Piala Thomas dan Uber yang akan berlangsung di Aarhus, Denmark dari 9 hingga 17 Okt ini. 

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata sasaran sama turut diletakkan kepada pasukan negara di kejohanan Piala Sudirman yang dijadual berlangsung di Vantaa, Finland bermula dari 26 Sept hingga 3 Okt ini.

Katanya apa yang menjadi fokus utama BAM adalah pengalaman berharga yang bakal ditimba barisan pemain muda negara dalam usaha badan induk itu menyiapkan skuad terhebat menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

“Seperti yang anda tahu, berdasarkan kita punya pengalaman di Olimpik baru-baru ini, kami serius untuk menyasarkan dua kelayakan untuk setiap acara di Olimpik,” katanya pada sidang media Mesyuarat Jawatankuasa  Kejurulatihan dan Latihan (C&T) di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Kami (BAM) mahu mengambil cabaran itu sebab itu kita mahu memulakan dengan pasukan yang muda,”kata Mohamad Norza yang optimis tiga kejohanan itu merupakan peluang terbaik untuk BAM menguji dan mengenal pasti potensi pemain muda negara.

BAM mengumumkan senarai nama skuad ke ketiga-tiga kejohanan itu yang menyaksikan purata umur bagi pasukan yang akan beraksi di Piala Sudirman adalah 22 tahun dengan pemain paling senior berumur 26 tahun iaitu pemain beregu campuran Cheah Yee See.

“Bagi saingan Piala Thomas, purata umur pasukan adalah 23 tahun dengan lima pemain berusia 24 tahun manakala purata umur skuad ke Piala Uber adalah 21 tahun dengan kapten pasukan yang juga pemain beregu wanita Lee Meng Yean, 27, adalah pemain paling senior.

“Kalau kita tengok pasukan muda kita, Aaron Chiah-Soh Wooi Yik walaupun mereka muda mereka mampu mengalahkan pasangan nombor satu dan dua dunia. Saya fikir semangat yang sama perlu ada dalam kalangan pemain muda,”kata Mohamad Norza.

Sudirman Cup  2021

Lee Zii Jia – (MS)(Captain)
Ng Tze Yong – (MS)
S Kisona – (WS)
Eoon Qi Xuan – (WS)
Aaron Chia – (MD)
Soh Wooi Yik – (MD)
Man Wei Chong – (MD)
Tee Kai Wun – (MD)
Aidil Sholeh Ali Sadikin – (MS)

Pearly Tan – (WD)
M Thinaah – (WD)
Yap Ling – (WD)
Teoh Mei Xing – (WD)
Hoo Pang Ron – (XD)
Cheah Yee See – (XD)
Chen Tang Jie – (XD)
Peck Yen Wei – (XD)
K Letshanaa – (WS)

Factfile:
• Oldest member of the team is Yee See at the age of 26
• For the record, Tze Yong won all five of his internal ranking matches this week
• Average age of 22.38

 

Thomas Cup 2020

Lee Zii Jia – (MS)(Captain)
Ng Tze Yong – (MS)
Cheam June Wei – (MS)
Leong Jun Hao – (MS)
Aidil Sholeh – (MS)
Aaron Chia – (MD)

Soh Wooi Yik – (MD)
Goh Sze Fei – (MD)
Nur Izzuddin Rumsani – (MD)
Man Wei Chong – (MD)
Tee Kai Wun – (MD)
Low Hang Yee – (MD)

Factfile:
• Oldest members of the team are June Wei, Aaron, Sze Fei, Izzuddin & Hang Yee at the age of 24
• Average age of 22.75

Uber Cup 2020

Lee Meng Yean – (WD)(Captain)
S Kisona – (WS)
Goh Jin Wei – (WS)
Eoon Qi Xuan – (WS)
K Letshanaa – (WS)
Siti Nurshuhaini Azman – (WS)

M Thinaah – (WD)
Pearly Tan – (WD)
Yap Ling – (WD)
Teoh Mei Xing – (WD)
Go Pei Kee – (WD)

Factfile:
• Oldest member of the team is skipper, Meng Yean at the age of 27
• Features three players still in their teens – Letshanaa, Siti & Pei Kee
• For the record, Letshanaa won all three of her internal ranking matches this week while Siti finished second in the final standings
• Average age of 21.36

- Advertisement -