Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencatat sejarah tersendiri apabila menewaskan pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi untuk meraih gelaran sulung kejohanan Jelajah Dunia pada Terbuka Jerman 2022.

Gandingan negara yang menghuni ranking ke-17 dunia saling mengejar mata sebelum memenangi set pertama 23-21.

Namun, kesilapan mudah selain unforce error Sze Fei dan Nur Izzuddin mengundang padah menyaksikan mereka kecundang 16-21 diset kedua memaksa pemenang ditentukan menerusi perlawanan penentuan.

Kem negara tampak cemas seketika apabila Nur Izzuddin mengalami kecederaan lutut kanan namun tetap memutuskan untuk meneruskanperlawanan.

Keputusan itu nyata berbaloi apabila sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-14.

Kali terakhir pasangan negara mara ke perlawanan akhir adalah pada Masters Malaysia 2017 menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin muncul naib juara selepas tewas 21-19, 21-12 kepada Berry Angriawan-Hardianto dari Indonesia.

Sze Fei-Nur Izzuddin akan beraksi pada kejohanan All England 2022 di Birmingham yang membuka tirai pada 15 Mac depan dan dijadual berdepan He Ji Ting-Tan Qiang dari China pada pusingan pertama.

Sementara itu, Kunlavut Vitidsam dari Thailand yang menewaskan pemain negara Lee Zii Jia, muncul juara baharu perseorangan lelaki Terbuka Jerman 2022 selepas menundukkan lawannya dari India Lakshya Sen 21-18, 21-15.

Lain-lain keputusan:

Beregu campuran:

Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) lwn Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong (CHN) 21-11, 21-9

Perseorangan wanita:

He Bing Jao (CHN) lwn Chen Yu Fei (CHN) 21-14, 27-25

Beregu wanita:

Chen Qing Chen-Jia Yi Fan (CHN) lwn Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva (BUL) 21-16, 29-30, 21-19

 

- Advertisement -