Majlis Olimpik Malaysia (MOM) antara yang paling gembira dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang meluluskan 265 atlet dibawah program Road To London 2020 (RTT) untuk menjalani latihan bermula 1 Jun depan.

Kesemua atlet dibawah RTT 2020 akan menjalani latihan di tiga lokasi berbeza, Bandar Sukan Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara dan Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan yang terletak di Langkawi.

Kesemua atlet ini akan menjalani latihan sehingga 30 Jun.

MOM menerusi kenyataan media berterima kasih dengan MKN dan KKM serta Kementerian Belia dan Sukan yang berusaha untuk memastikan atlet negara kembali fokus terhadap persiapan memburu slot ke Tokyo 2020.

 MOM tidak mahu semua pihak terlibat terlalu gembira sebaliknya mengutamakan keselamatan serta memastikan setiap Standard Prosedur Operasi (SOP) serta protokol dipatuhi dan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan tiada jangktan Covid 19 berlaku melibatkan atlet.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)  memaklumkan bahawa kerajaan telah memberikan kelonggaran khas kepada 265 individu termasuk 57 atlet yang terlibat dalam program Road to Tokyo 2020 untuk memulakan persiapan dan latihan pada 1 Jun.

Kelulusan itu diberikan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berikutan permohonan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai persiapan untuk Sukan Olimpik dan Paralimpik di Tokyo tahun depan.

- Advertisement -