Pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerima saranan daripada kerajaan berhubung pembatalan baki saingan Piala Malaysia 2020 serta keputusan untuk tidak membenarkan JDT ke Doha untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC.

Jelas Tunku Ismail, walaupun pahit untuk ditelan, beliau percaya keputusan itu demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia termasuk keluarga-keluarga semua pihak terbabit kerana kes-kes Covid-19 semakin meningkat dan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika berterusan.

Malah, jangkitan ini sukar untuk dibendung dan ia terbukti apabila bintang bolasepak antarabangsa turut dijangkiti Covid 19.

“Sesiapa sahaja tidak terlepas dari ancaman Covid-19. Sebagai contoh pemain bintang Mesir, Mohamad Salah juga telah disahkan positif apabila tiba untuk perlawanan antarabangsa walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom. Ini boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko,”Kata Tunku Ismail menerusi entri di laman sosial Johor Southern Tigers 

Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards sebelum ini telahpun menyatakan kekecewaan kelab susulan pengumuman oleh Majlis Keselematan Negara (MKN) yang membatalkan baki saingan Piala Malaysia 2020 serta tidak memberi kebenaran kepada juara Liga Super tujuh kali itu terbang ke Doha, Qatar.

 

- Advertisement -