Perkhabaran gembira dari Mushashino Forest Sports Plaza apabila gandingan bergu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka saingan pembukaan peringkat kumpulan D dengan kemenangan straight set ke atas pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-Seo Sungjae.

Diatas kertas, kedua dua bergu mempunyai kekuatan seimbang dimana rekod 4 pertemuan menyaksikan dua kemenangan dan dua kekalahan terhasil.

Pertarungan yang cukup sengit dipamerkan Aaron Chia_soh Wooi Yik dan Choi Solgyu-Seo Sungjae yang saling mengejar mata.

Hanya kesilapan individu yang akan menjadi pemisah diantara kedua dua bergu ini.

Kedudukan terikat 20 sama pada set pertama, Aaron dan Wooi Yik tetap fokus mencari ruang walaupun ditekan hebat bergu Korea.

Tuah memihak bergu negara apabila menang 24-22 di set pertama selepas bertarung selama 24 minit.

Set kedua sekali lagi menyaksikan pertarungan yang cukup aggresif kali ini tekanan tampak lebih dimiliki Choi Solgyu-Seo Sungjae yang memerlukan kemenangan.

Namun unforce error terus menekan Solgyu dan Sungjae sekaligus memberikan mata mata mudah buat Aaron Chia dan Soh Wooi Yik untuk menang 21-15.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akan berdepan gandingan dari Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan pada 26 Julai depan.

Kemenangan yang diraih Aaron dan Wooi Yik sedikit sebanyak mengubati kekecewaan pasangan bergu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean yang tewas dalam aksi pembukaan kumpulan A pagi tadi.

 

- Advertisement -