2016 celcom axiata Malaysia Open - logo W650xH230Oleh Ku Mohd Lufti

Cukup manis buat bergu campuran Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir di Terbuka Malaysia apabila berjaya mengecewakan bergu campuran tuan rumah, Chan Peng Soon-Goh Lui Ying di pentas final.

Meskipun berdepan tentangan sengit Peng Soon, Lui Ying yang mengejutkan pilihan pertama dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei di separuh akhir, Tontowi dan Liliyana tetap bijak mencari ruang terbuka untuk meraih mata.

Berdepan Peng Soon-Liu Ying didepan hampir 10 ribu penyokong yang membanjiri Stadium Melawati Shah Alam bergu Indonesia ini cemas seketika apabila kedudukan terikat 13 sama meskipun mendahului 6-13 pada satu ketika.

Banyak melakukan kesilapan hampir mengundang padah buat Tontowi dan Liliyana apabila bergu campuran Malaysia berjaya mengheret permainan hingga ke deuce,  namun berjaya melakar kemenangan 23-21.

Set kedua milik Peng Soon dan Liu Ying yang menunjukkan taringnya ketika kedudukan terikat 8 sama.

Tiada ruang diberi, malah bijak mencari kelemahan lawan dengan permainan jaring serta smash kencang untuk memastikan pemenang bagi bergu campuran ditentukan menerusi set penentuan selepas Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menang 21-13.

Debaran penonton semakin memuncak apabila kedua dua bergu saling berkejaran mata sehinggalah kedudukan terikat 9 sama.

Tontowi dan Liliyana tampak tidak tertekan dengan sorakan penonton Malaysia apabila mengekalkan permainan yang konsisten di set penentuan sekaligus menang 21-16 untuk muncul juara bagi kategori bergu campuran.

Kemenangan ini juga menamatkan kemarau Indonesia untuk muncul juara bagi kategori ini selepa skali terakhir Nova Widianto dan Liliyana Natsir melakukannya pada 2009 selepas menang ke atas gandingan Korea Selatan, Lee Yong Dae, Lee Hyo Jung di Stadium Putra Bukit Jalil.

“Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying bermain dengan hebat. Selepas sekian lama tidak memenangi kejohanan sejak 2015, ia adalah kejayaan yang pastinya menyuntik semangat kami untuk terus bersaing. Pastinya masih banyak yang perlu kami lakukan kerana fokus utama adalah untuk ke sukan Olimpik Rio 2016,” kata Liliyana Natsir.

Kali terakhir mereka merangkul kejuaraan adalah di Superseries Terbuka Perancis pada Oktober 2015 dimana bergu campuran ranking ke 2 dunia ini menang ke atas pasangan England Chris Adcock dan Gabriel Adcock.

- Advertisement -