Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) Ranchi 2023 yang bakal membuka tirai pada 27 Oktober hingga 5 November 2023 di Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf Hockey Stadium Ranchi, India  akan menjadi medan buat Skuad Wanita Kebangsaan untuk mempersiapkan pasukan sebelum ke Perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Januari nanti.

Seramai 20 pemain akan membawa cabaran Malaysia dalam kejohanan yang menggunakan format round robin itu di mana Malaysia akan menerima tantangan daripada China, India, Jepun, Korea dan Thailand. Menerusi senarai pemain yang dikeluarkan, 15 pemain merupakan daripada Skuad Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini sementara lima lagi pemain merupakan muka baru.

Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) Ranchi 2023 ini juga akan menyaksikan dua pemain senior iaitu Nuramirah Shakirah Zulkifli dan Wan Norfaiezah Saiuti tidak akan menyertai pasukan ekoran masih menjalani sesi pemulihan selepas mengalami kecederaan pada Sukan Asia Hangzhou lepas.

Ketua Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim juga menjelaskan penjaga gol yang dibawa ketika Sukan Asia baru-baru ini iaitu, Mashitah Ab Khalid tidak akan menyertai pasukan ke kejohanan kali ini bagi memberikan ruang kepada seorang lagi penjaga gol berpengalaman, Siti Zalia Nasir menunjukkan kebolehannya di kejohanan tersebut.

“Daripada lima muka baru yang dibawa ke Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia 2023, hanya Siti Zalia dan Azmyra Mia Sofea Azhairy yang telah mempunyai caps senior antarabangsa manakala tiga lagi pemain akan meraih caps senior antarabangsa pertama mereka pada kejohanan ini.

“Pemilihan pemain untuk ke kejohanan ini adalah berdasarkan tahap kualiti teknikal skil dan ketahanan serta kekuatan fizikal yang dimiliki mereka bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri dengan taktikal pasukan serta tempo perlawanan yang pantas terutamanya apabila beraksi di peringkat yang tinggi.

“Pemahaman taktikal pasukan serta kebolehan untuk membuat keputusan di dalam padang juga merupakan kriteria yang diambil kira selain usaha yang ditunjukkan oleh setiap pemain dalam merebut tempat serta semangat melawan di atas padang.

“Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia ini juga akan dijadikan medan untuk pemain menimba pengalaman dan menunjukkan kebolehan individu yang dimiliki agar dapat dinilai untuk berada di dalam Skuad Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 pada Januari hadapan.

“Kami barisan kejurulatihan mengharapkan semua pemain dapat memberikan yang terbaik pada kejohanan ini agar kami dapat mempersiapkan pasukan yang lebih mantap dengan program yang teliti,” ujar beliau.

Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Wanita Kebangsaan yang bakal beraksi di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) Ranchi 2023

NO NAMA POSISI
1 Nur Hazlinda Zainal Abidin Penjaga Gol
2 Siti Zalia Binti Nasir Penjaga Gol
3 Dayang Nuramirah Binti Abang Mahadini Pertahanan
4 Khairunnisa Ayuni Binti Mohd Sharuddin Pertahanan
5 Nurul Fatin Fatiah Binti Azman Pertahanan
6 Nur Nabila Alia Binti Yussaini Pertahanan
7 Nuraini Binti Abdul Rashid Pertahanan
8 Juliani Binti Mohamad Din Tengah
9 Nurmaizatul Hanim Syafi Binti Shiek Fuad Tengah
10 Nur Insyirah Binti Effarizal Tengah
11 Raja Norsharina Binti Raja Shabuddin Tengah
12 Fatin Shafikah Binti Mahd Sukri Tengah
13 Siti Nur Irdina Mohd Nor Tengah
14 Siti Nur Arfah Binti Mohd Nor Tengah
15 Hanis Nadiah Binti Onn Penyerang
16 Nur Afiqah Syahzani Binti Azhar Penyerang
17 Azmyra Mia Sofea Binti Azhairy Penyerang
18 Siti Zulaikha Binti Husain Penyerang
19 Anith Humairah Baharudin Pertahanan
20 Nur Shamine Azureen Mohammad Badusha Penyerang

 

 

 

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) Ranchi 2023.

NO NAMA POSISI
1 Mohd Nasihin Nubli Bin Ibrahim Ketua Jurulatih
2 Lailin Bin Abu Hassan Pengurus Pasukan
3 Siti Rahmah Binti Othman Jurulatih

 

Berikut merupakan jadual perlawanan Skuad Wanita Kebangsaan di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) Ranchi 2023.

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. JUMAAT : 27 OKTOBER 2023 6:30 PETANG JEPUN lwn MALAYSIA
2. SABTU : 28 OKTOBER 2023 11:00 MALAM INDIA lwn MALAYSIA
3. ISNIN : 30 OKTOBER 2023 6:30 PETANG KOREA lwn MALAYSIA
4. SELASA : 31 OKTOBER 2023 8:45 MALAM MALAYSIA lwn CHINA
5. KHAMIS : 2 NOVEMBER 2023 6:30 PETANG MALAYSIA lwn THAILAND

 

**Masa Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -