Berikut senarai pemain yang akan diturunkan oleh barisan kejurulatihan Piala Uber 2022 Malaysia yang akan membuka tirai kumpulan C menentang Denmark jam 3 petang waktu Malaysia.

S Kisona akan memulakan cabaran bagi perseorangan wanita sebelum Pearly Tan – M Thinaah menggalas tugas di posisi bergu wanita.

Pemain perseorangan preofesional, Goh Jin Wei akan memikul tugas sebagai perseorangan kedua diikuti Anna Cheong – Teoh Mei Xing bagi bergu kedua manakala Myisha Khairul menjadi perseorangan ketiga.

 

 

 

- Advertisement -