IMG-20160321-WA006

Oleh Ku Mohd Lufti

Malaysia tampak berpeluang untuk melepasi  halangan peringkat kumpulan dikejohanan Badminton Piala Thomas 2016.

Malaysia dan tiga lagi negara , Korea Selatan England dan Jerman masing masing diundi di dalam Kumpulan C.

Piala Thomas kali ini tampak lebih menarik apabila dua semi finalis , Jepun dan China diundi dalam satu kumpulan.

Jepun yang melakar kejutan pada 2014 apabila menundukkan juara 9 kali, China diundi bersama sama dalam kumpulan A.

Manakala juara 13 kali, Indonesia dijangka tidak berdepan laluan sukar dalam saingan peringkat kumpulan selepas diundi bersama sama India, Thailand dan Hong Kong.

Manakala undian bagi Piala Uber, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama sama juara bertahan, China serta Denmark, dan Sepanyol.

Kumpulan B pula di isi oleh Korea Selatan, Taiwan, Mauritius dan Amerika Syarikat.

Satu lagi pasukan pilihan dalam Piala Uber, Indonesia diundi di dalam kumpulan C bersama sama Thailand, Bulgaria dan Hong Kong.

Manakala naib juara 2014, jepun di undi bersama sama India, Australia dan Jerman di dalam kumpulan D.

Saingan Piala Thomas dan Uber akan berlangsung di Jiangshu, China bermula 15 hingga 22 Mei 2016.

Untuk rekod, dalam saingan Piala Thomas.  Malaysia  mara sehingga peringkat akhir sebelum tewas kepada juara 2014, Jepun.

Manakala dalam aksi Piala Uber, Malaysia gagal melangkah ke pusingan kalah mati selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan Z ditempat ketiga, dibelakang  Denmark dan juara kumpulan, Jepun.

- Advertisement -