Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas juara bertahan Terengganu Hockey Team (THT) dalam aksi final Piala TNB di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

UniKL yang telahpun merangkul dua trofi bagi musim ini iaitu Piala Sumbangsih dan Juara Liga Hoki Malaysia bagaimanapun tidak diberi laluan mudah untuk menembusi kubu THT kendalian Muhammad Dharmaraj Abdullah.

Skuad kendalian Arul Selvaraj ketinggalan di minit 13 apabila Nabil Fiqri Mohd Noor menyumbang gol untuk THT hasil pukulan sudut penalti.

 

  • Komen Ketua Jurulatih UniKL, Arul Selvaraj

Usaha keras UniKL akhirnya membuahkan hasil apabila Mohamad Faid Farhan meledak gol penyamaan di minit 48 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Kegembiraan bertukar tekanan di kem THT apabila pemain kebangsaan, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menyumbat gol kedua untuk UniKL seminit berselang.

 

Tiada tambahan gol terhasil sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan trofi ketiga milik UniKL bagi musim 2020.

Sementara itu, TNB melengkapkan podium selaku pemenang tempat ketiga selepas membenam cabaran Maybank 5-2.

Hadiah dan trofi disampaikan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Datuk Seri Subahan Kamal.

- Advertisement -