Tan Cheong Min cipta sejarah atlit wushu pertama negara dinobatkan pemenang Anugerah Jagoan Nadi Arena 2019.

Cheong Min mengumpul 29 peratus undian keseluruhan fasa kedua iaitu membabitkan senarai enam atlit finalis.

Kejayaan atlit berusia 22 tahun ini dipacu kemampuannya raih pingat emas acara nandao pada Kejohanan Wushu Dunia di Shanghai, China, Oktober tahun lalu.

Malah, dia turut raih perak dalam nanquan dan dual event. “Kejayaan ini bukti atlit wushu mampu berada setaraf dengan jaguh utama negara. Malah, ia membakar semangat saya untuk menghadapi jadual padat sepanjang 2020.

“Saya akan berusaha untuk raih lebih banyak kejohanan tahun ini walaupun wushu tidak dipertandingkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020,” kata Cheong Min.

Kempen AJNA 2019 yang bermula sejak 21 Januari lalu membabitkan dua fasa. Fasa pertama, undian peminat di laman sosial Astro Arena untuk memilih lima atlit terbaik (Top 5).

Pada awalnya, Cheong Min tiada dalam senarai itu namun panel khas AJNA 2019 buat kejutan dengan memberi imuniti kepadanya menjadikan final membabitkan enam atlit terbaik (Top 6).

Fasa kedua membabitkan undian persatuan sukan kebangsaan (40%), panel khas (30%) dan peminat di laman sosial Astro Arena (30%).

Secara keseluruhan, AJNA 2019 mencatat rekod baru dengan 72,860 undian di semua platform – mengatasi jumlah tahun lalu iaitu lebih 45,000 undian.

 

Top 6 AJNA 2019

1. Tan Cheong Min (wushu)

2. Farah Ann Abd Hadi (gimnastik)

3. Mohd Haiqal Hanafi (olahraga)

4. Azizulhasni Awang (basikal trek)

5. S Kisona (badminton) 6.

S Suresh (memanah para)

 

Rekod pemenang AJNA

2017: Cheong Jun Hoong (terjun)

2018: Rafiq Ismail (tenpin bowling)

2019: Tan Cheong Min (wushu)

- Advertisement -