Juara dunia Formula One empat kali, Sebastien Vettel dijangka meninggalkan Ferrari penghujung tahun ini selepas dikhabarkan tidak akan menyambung kontraknya.

Laporan media di Jerman tidak bersetuju dengan kontrak baru yang ditawarkan selama setahun dengan pemotongan gaji sekaligus memutuskan untuk meninggalkan pasukan itu.

Pengurusan Ferrari ketika ini gagal untuk dihubungi dan belum memberi sebarang komen berhubung kedudukan Vettel.

Vettel berhijrah ke pasukan Ferrari pada 2015 selepas aksi mantapnya sepanjang beraksi untuk pasukan Redbull.

Spekulasi mengenai Vettel bermula pada bulan lepas apabila beliau dikatakan akan menandatangani kontrak baru bersama pasukan yang berpengkalan di Maranello itu.

Ferrari bercadang untuk menggandingkannya dengan pelumba muda Charles Leclerc yang dilabel bintang muda dalam pembikinan dan akan menyerlah.

Pelumba Redbull, Daniel Ricciardo, dan pelumba McLaren Carlos Sainz antara calon pengganti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Vettel.

Kontrak kedua dua pelumba itu akan tamat pada penghujung tahun ini.

Jaguh dunia enam kali, Lewis Hamilton turut dikaitkan dengan Ferrari, namun beliau menegaskan untuk terus kekal bersama Mercedes.

Saingan Formula One masih dalam penantian terutama untuk meneruskan musim 2020 di Austria yang dijangka pada Julai.

 

- Advertisement -