Jonas Vingegaard mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu Tour de France 2023 apabila saingan utamanya Tadej Pogacar tewas hampir enam minit pada pendakian paling sukar tahun ini.

Felix Gall dari Austria dari pasukan AG2R-Citroen memenangi peringkat 17, yang ditakrifkan sebagai peringkat “Queen” dengan pendakian Alpine sejauh 69km, mendahului Simon Yates.

Juara bertahan Vingegaard dari Jumbo Visma meningkatkan pendahuluannya dalam kedudukan keseluruhan kepada 7 minit 35 saat, dengan Pogacar masih di tempat kedua dan rakan sepasukannya di UAE Adam Yates naik ke tempat ketiga dengan 10 minit 45 saat.

“Saya rasa begitu (menghapiri kejuaraan). Saya mempunyai kelebihan masa tujuh minit jadi saya sangat gembira,” kata pelumba berusia 26 tahun yang memenangi Tour de France tahun lalu.

“Tetapi kami belum berada di Paris. Tadej tidak akan berputus asa. Anda tahu itu,” katanya.

Pelumba Ineos, Carlos Rodriguez turun ke tangga keempat tetapi terlepas sedikit masa lagi selepas peringkat ini.

Dia ketinggalan 1 minit 16 saat di belakang Adam Yates dan 18 saat di hadapan kembar Simon Yates dari Jayco Alula.

- Advertisement -