Yuki Ito 76 during the SuperSports 600cc race at Sepang

Pelumba SuperSports 600cc, Yuki Ito mahu menebus kehampaan yang dialami sewaktu pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang, April lepas meskipun sedar saingan pusingan kedua di Litar Antarabangsa Sentul, Indonesia, minggu ini bukan sesuatu yang mudah bagi dirinya.

Pelumba utama PETRONAS Hong Leong Yamaha itu yang cemerlang pada saingan musim 2014 apabila muncul naib juara keseluruhan dengan hanya ketinggalan satu mata di belakang juara, Mohd Zaqhwan Zaidi namun tampil dengan aksi berbeza bagi musim 2015 apabila pelumba Jepun itu gagal memberikan saingan kompetitif di Sepang.

Yuki sekadar bermula dari barisan keenam namun berjaya memberikan aksi cemerlang untuk mengatasi 10 pelumba di hadapan dengan menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan keenam namun gagal menamatkan Perlumbaan 2 setelah terjatuh ketika perlumbaan berbaki enam pusingan sahaja lagi.

Dengan 10 mata yang diperoleh, Yuki kini berada di tangga ke-13 keseluruhan di belakang pendahulu, Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing dengan 45 mata sambil rakan sepasukan, Yuki Takahashi di kedudukan kedua dan Dimas Ekky Pratama (Astra Honda Racing Team) ketiga. 

“Keputusan di Sepang sangat mengecewakan. Kami meletakkan sasaran untuk menamatkan kedua-dua perlumbaan di atas podium namun kecewa kerana untuk berada di kelompok lima pelumba terbaik pun kami gagal,” jelas Yuki kecewa.

Tambahnya, “Saya seakan hilang punca. Saya gagal memberi tumpuan 100 peratus meskipun telah melakukan persediaan rapi. Lebih kecewa, kami gagal untuk mendapatkan masa yang pantas. Meskipun masih kecewa ketika ini, saya perlu melupakannya dan memberi tumpuan terhadap perlumbaan di Indonesia minggu ini.”

Mengulas terhadap sasaran pada pusingan kedua ini, Yuki berkata, “Litar Sentul merupakan antra litar yang cukup mencabar bagi saya namun saya terpaksa mencuba yang terbaik, kalau boleh menaiki podium supaya dapat merapatkan jurang mata di dalam kedudukan keseluruhan.

“Saya tidak pernah meraih keputusan baik di Sentul. Litarnya agak sukar ditambah dengan permukaan litar yang menjadikan ia lebih mencabar. Malah beraksi di halaman sendiri pasti memberi banyak kelebihan kepada pelumba Indonesia. Namun saya tidak boleh menjadikannya sebagai satu alasan sebaliknya perlu memberikan aksi terbaik untuk mengejar gelaran keseluruhan yang diidamkan,” jelasnya.

 

YUKI LOOKING TO MAKE AMENDS AT UNFAVOURABLE SENTUL

Yuki Ito is determined to bounce back from a disappointing season opener as he heads into Round 2 of the FIM Asia Road Racing Championship in Indonesia this weekend.

The PETRONAS Hong Leong Yamaha ace was hoping to get off to a strong start after losing out on last year’s SuperSports 600cc crown by a single point to Zaqhwan Zaidi but struggled to find a competitive pace at Sepang where the opening round took place.

A poor qualifying run saw Yuki start from sixth row but to his credit, he muscled his way through the field to finish the 25-lap Race 1 sixth, improving by 10 positions. Boosted by the positive results, Yuki targeted the podium for Race 2 but crashed with six laps remaining.

With 10-points, Yuki is ranked 13th overall in the SuperSports 600cc standings while Mohd Zamri Baba (Musashi Boon Siew Honda Racing) leads with 45 points followed by teammate, Yuki Takahashi and Dimas Ekky Pratama (Astro Honda Racing Team).

“Sepang was a huge letdown. We targeted to finish at least finish one of the two races on the podium but we didn’t even get into top five,” said a bitter Yuki.

He added, “Something was amiss, I could not concentrate 100 percent despite extensive preparations and we struggled to post strong lap times. I am still affected by our mistakes but we have to put that behind us and focus on making amends at Indonesia.”

Speaking about his expectations for the upcoming race, Yuki says the Sentul International Circuit is one of his least favourite tracks but insisted he will need to push very hard to step on the podium and bridge the point gap with the leaders.

“I’ve never been good at Sentul. It has a difficult layout and the bad track condition makes it more challenging. Not to mention, this is the Indonesian home ground so I am sure the local riders will go all out here. But given the circumstances, I must perform this weekend if not I might drop in the standings and drift further away from my championship dreams,” he said.

- Advertisement -