Foto – AFC

 

Jaringan tunggal Muhammad Zafuan Azman di penghujung perlawanan memastikan Malaysia meraih 3 mata selepas menang ke atas Brunei Darussalam dalam saingan bolasepak AFC Kelayakan Remaja Bawah 19 Tahun 2018.

Berdepan pasukan tercorot kumpulan F, anak didik Bojan Hodak tampak hambar sepanjang 45 minit pertama.

meskipun dihidangkan deretan peluang didepan gawang Brunei, ketumpulan penyudah menjadi penghalang untuk Malaysia mendahului saingan.

Percaturan Bojan Hodak melakukan rombakan kesebelasan utama tampak semakin memberi tekanan ke atasnya apabila selepas 70 minit perlawanan, kedudukan masih terikat tanpa jaringan.

Minit 75, Muhammad Zafuan Azeman memecah kebuntuan apabila rembatannya terkena pemain pertahanan lawan sebelum bola menerjah gawang Brunei untuk gol tunggal perlawanan.

Selepas mengharungi dua perlawanan Malaysia di tangga kedua kumpulan F, berkongsi 6 mata dengan pendahulu, Indonesia, dibezakan dengan kelebihan gol.

Kedudukan itu dijangka berubah andai Korea Selatan melakar kemenangan ke atas Indonesia.

Malaysia dijadualkan bertemu Indonesia pada 6 Nov dan Korea Selatan bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 8 Nov.

Dua pasukan terbaik bagi setiap kumpulan Kelayakan Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018 akan mara ke Kejohanan Remaja B-19 AFC 2018 di Indonesia.OLEH KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -