Oleh Muhammad Aiman

Pelari pecut wanita negara, Zaidatul Husniah Zulkifli didapati terlalu ringan untuk membuat pecutan dan diminta supaya menaikkan berat badan kepada 45kg menjelang Jun depan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Atlet berusia 23 tahun itu telah pun menaikkan berat badannya sebanyak 3kg kepada 41.5kg sebelum ini, namun pakar dari Institut Sukan Negara berpendapat ia masih belum mencukupi bagi meningkatan daya pecutannya.

Perkara tersebut turut diakui jurulatihnya M. Balamurugan yang menjelaskan bahawa Zaidatul mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk melakukan catatan masa yang lebih baik namun tidak mempunyai tenaga untuk memecut kerana kekurangan berat badan.

Bagi Zaidatul sendiri, dia berkata, ā€œBuat masa ini saya menjaga pemakanan dan pengambilan protein dalam makanan. Harap ini dapat membantu perbaiki catatan peribadi saya.Memang selepas meningkatkan berat badan, saya rasa lebih baik dan normal ketika berlari kerana dulu terlalu ringan, tidak sesuai untuk pelari pecut.ā€

Ketikaini, catatan peribadi terbaik Zaidatul adalah 11.62s yang dilakukannya ketika Sukan Universiti ASEAN (AUG) Palembang pada 2014 manakala di Sukan Olimpik Rio De Janeiro Ogos tahun lalu, atlet kelahiran Kedah itu tampil hambar dengan hanya berjaya melakukan 12.12s di peringkat saringan dan gagal ke separuh akhir.

Zaidatul diletakkan harapan untuk menyerlah dalam acara pecut di KL 2017 setelahk ecewa di Singapura dua tahun lalu, namun laluannya tampak bukan mudah.

Dia dijangka menerima tentangan sengit dari penyandang pingat emas 100m Richardson Kayla Anise dari Filipina, penyandang pingat emas 200m Veronica Shanti Pereira dari Singapura, Wannakit Thasaporn dan Thi Oanh Nguyen bagi acara riben biru itu.

- Advertisement -