podium

Pemain badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei memutuskan untuk menandatangani kontrak untuk menyertai Program Podium. yang dikendalikan Institut Sukan Negara, ISN.

Pemain ranking kedua dunia itu sebelum ini belum membuat keputusan berhubung penyertaannya dengan Program Podium kerana perlu menilai juga kontrak bersama penajanya.

Datuk Lee Chong Wei akan menandatangani kotrak Program Podium selepas kembali daripada kejohanan Badminton Seluruh England yang akan bermula pada selasa (8 Mac).

‘“Saya sudah berbincang dengan menteri dan beliau faham situasi saya. Menteri dan ISN bersetuju mengubah kandungan kontrak. Lagipun sebagai atlet saya memang perlu menyokong semua program ini. Sebab itu saya berbincang dengan menteri supaya beliau tidak salah faham,” katanya.

Selain Chong Wei, pemain badminton lain yang turut tersenarai menyertai program berkenaan ialah Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei.

 

- Advertisement -