unkl.

Juara Divisyen Dua liga hoki remaja 2016, Anderson Thunderbolt melakar kejutan apabila menewaskan naib juara musim lalu UniKL Young Guns 3-2 pada aksi suku akhir pertama Piala TNB.

Keputusan itu jelas memberi tamparan kepada UniKL yang diramal tidak berdepan masalah menewaskan lawan mereka itu selepas mendahului 2-0 berakhir babak pertama menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Nurasyraf diminit ke 17 serta gol padang Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman di  minit ke-26.

Anderson bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan dalam tempoh tiga minit di separuh masa kedua menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Nur Syahmi Zulkifli, di  minit ke-49 serta Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, minit ke-52.

Muhammad Najme Ahmad Hayazi muncul wira dengan meledak gol kemenangan selepas Anderson dihadiahkan pukulan sudut penalti pada minit terakhir perlawanan.

Pemain gagal beraksi seperti biasa pada separuh masa pertama sehingga menyebabkan kita ketinggalan dua gol. Mungkin pada awal separuh masa pertama pemain berasa gugup kerana bertemu UniKL yang juga pasukan pilihan. Tetapi pada separuh masa kedua, baru pemain beraksi dengan corak permainan sebenar dan akhirnya mereka memperoleh kemenangan.’ kata pengurus pasukan Mohd Saiyuti Abd Samat.

Aksi timbal balik pada Ahad (6 Mac) di Stadium Sultan Azlan Shah.
- Advertisement -