Perak Bison mengetepikan kebangkitan lewat dijelmakan Johor Tigris untuk melakar kemenangan dramatik 2-1 dalam aksi Sepaktakraw League (STL) Premier yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya (MPSJ) pada Jumaat.

Juara Divisyen Satu musim lalu itu yang mempertaruhkan gandingan Zulfikar Mat Amin-Izham Idris-Amirul Ramdhan Suhaimi di babak awal permainan menang set pertama 21-16 namun Johor Tigris mengikat kedudukan 1-1 setelah trio Yazmee Yazdan-Lutfil Hadi Azmi-Zamree Dahan menang set kedua 21-17.

Perak Bison bimbingan Ismi Hissan Ismail dilihat menuju kemenangan mudah apabila mempunyai kelebihan lima mata di set penentuan namun mereka membenarkan Tigris bangkit dari ketinggalan 15-20 untuk mengikat kedudukan 20-20 sebelum berjaya mengesahkan kemenangan 22-20. Ā 

Ismi memuji ketahanan mental cukup tinggi ditunjukkan pemainnya dan menyifatkan kehilangan perejam utama, Amirul Ramdhan di pertengahan set pertama kerana kecederaan sebagai merencatkan perancangan pasukannya. Ā 

ā€œDi peringkat awal semuanya lancar kerana walaupun dia (Amirul Ramdhan) pemain paling muda baru berusia 17 tahun, tetapi keyakinannya cukup bagus. Jadi apabila kita masukkan killer kedua (Fadzil Mustafa), kita sedikit bergelut.

ā€œFadzil pemain bagus, pemain kebangsaan cuma pergelangan tangannya masih belum pulih selepas mengalami kemalangan jadi itu yang menyebabkan kita tidak begitu mengancam,ā€ ujar Ismi. Ā 

Tambahnya, ā€œSaya akui ini adalah perlawanan paling mendebarkan kita harungi selepas lima perlawanan, sebelum ini perasaannya tidak begini sebab sasaran kita memang mahu menang perlawanan ini setelah tewas kepada Selangor Pistons sebelum ini. Hanya kemenangan boleh mencerahkan peluang kita untuk berada di kedudukan tiga terbaik.

ā€œSaya lihat di penghujung set ketiga pemain seakan hilang tumpuan dan ini memberi keyakinan kepada pemain Tigris. Saya tekankan kepada pemain jangan gementar dan jangan hilang fokus ketika bertahan dan menerima servis. Saya gembira mereka mampu menangani tekanan itu.ā€

Kemenangan ini adalah yang ketiga buat Perak Bison manakala bagi Johor Tigris, ia adalah kekalahan keempat berturut-turut. Perak akan berdepan pendahulu Terengganu Turtles pada Sabtu sementara Johor pula akan menentang Kelantan Warriors.

Dalam aksi yang berlangsung lebih awal, Kelantan Warriors yang dibarisi Hisyam Mat-Aiman Azwawi-Naim Izani Noor kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Selangor Pistons 2-0 (21-14, 21-15).

Ia adalah kemenangan kedua buat Kelantan Warriors setelah tewas kedua-dua perlawanan yang berlangsung minggu lalu sementara Pistons pula mengalami kekalahan ketiga dari lima perlawanan. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -