Kuartet 4x100m berakhir di tempat ketujuh

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/04/kuartet-4x100m-berakhir-di-tempat-ketujuh">
Twitter
Pinterest

Kuartet 4×100 meter negara gagal untuk memberi tentangan sengit dan sekadar berpuas hati menamatkan cabaran di tempat ketujuh dalam aksi final acara tersebut yang berlangsung di Stadium Carrara pada Sabtu.

Kuartet dibarisi Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa, Badrul Hisham Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan bagaimanapun berjaya merekodkan catatan masa terbaik mereka musim ini dengan 39.37 saat, 0.02s lebih baik dari masa yang direkodkan di pusingan separuh akhir pada Jumaat.

Pingat emas acara berkenaan dimenangi oleh kuartet England dengan catatan 38.13s, perak menjadi milik Afrika Selatan manakala gangsa pula dimenangi kuartet Jamaica.

Walaupun gagal untuk sekurang-kurangnya memecahkan rekod kebangsaan 39.27s, kuartet Malaysia tetap pulang dengan mencipta sejarah sebagai kuartet 4x100m yang pertama dari Malaysia untuk melangkah ke pentas final.

“Memang tidak dinafikan kami agak gementar dan gugup, kerana kami tahu tahap kami sangat jauh berbeza. Walaupun kalah, melangkah ke final adalah satu pengalaman yang cukup berharga, kami telah menganalisa dan perbetul kesilapan semalam seterusnya berjaya untuk melakukan catatan masa terbaik untuk tahun ini.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan, terima kasih kepada jurulatih yang membawa kami ke peringkat ini”, ujar Khairul Hafiz. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

Please follow and like us:
0