ASC 2018 : Malaysia ada kualiti untuk muncul juara

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2018/12/asc-2018-malaysia-ada-kualiti-untuk-muncul-juara">
Twitter
Pinterest

 

Selepas apa yang telah terhasil di stadium keramat Thailand malam tadi, Tan Cheng Hoe pastinya sudah membuktikan Malaysia memiliki kualiti tersendiri dalam memastikan slot final menjadi milik Harimau Malaya.

Perancangan yang telah disusun ternyata membuahkan hasil meskipun pada satu ketika, Malaysia ketinggalan dua kali.

“Ketika 45 minit pertama pemain berjaya mendapatkan jaringan penyamaan. Begitu juga ketika separuh masa kedua kami lebih tenang dan perlu mengawal bola serta fokus dengan serangan balas dan set piece daripada Thailand.

“Saya rasa separuh masa kedua pemain pemain bermain mengikut perancangan dan displin dalam taktikal dan ianya keputusan yang baik,”kata Tan Cheng Hoe ketika sidang media selepas perlawanan menentang Thailand.

Komen Tan Cheng Hoe selepas perlawanan menentang Thailand

 

Tambahnya lagi, barisan kejurulatihan dan pemain Harimau Malaya mendapat suntikan moral apabial mendapat kata motivasi dan semangat daripada Pengerusi Malaysia Football League (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum perlawanan.

Malah, bekas pengendali Kedah tampak optimis, Malaysia ada kualiti yang diperlukan untuk beraksi di pentas final meskipun dibarisi pemain pemain muda yang dilihat mampu menggalas tugas dipentas final.

“Ianya merupakan motivasi yang terbaik untuk pemain pemain kerana dapat beraksi di final.Syamer Kutty Abba bermain dengan baik dan gol oleh Syahmi Safari merupakan gol tercantik bagi kejohanan ini dan mungkin hanya terlepas satu perlawanan final sahaja.  Aidil Zafuan perlu menjalani pemeriksaan berhubung keadaan hamstringnya dan pemain pemain lain, Irfan Zakaria juga bermain dengan baik,”kata Cheng Hoe lagi.

Malaysia akan berdepan pemenang bagi satu lagi aksi semi final diantara Vietnam dan Filipina yang akan beraksi di Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini.

Ketika separuh akhir pertama di Bacolod, Vietnam membawa bekalan satu gol selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Filipina.

Aksi Final pertama akan berlangsung di Bukit Jalil pada 11 Disember sebelum bertandang ke gelanggang lawan pada untuk aksi final kedua pada 15 Disember. 

 

 

 

Please follow and like us:
0