Faridzul mahu menamatkan kemarau gol

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/01/faridzul-mahu-menamatkan-kemarau-gol">
Twitter
Pinterest

 

 

Penyerang Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Faridzul Afiq Mohd mengakui dia sudah tidak sabar untuk turun berdepan Nur Insafi menjelang aksi keempat Liga Hoki Malaysia (MHL) esok dalam usahanya menamatkan kemarau jaringan.

Pemain kelahiran Selangor itu meledak tujuh jaringan sepanjang kempen musim lalu, namun semuanya tampak tidak berjalan baik buat Faridzul setakat ini.

Selepas tiga perlawanan, Faridzul masih belum menghasilkan gol sekali gus menjadikan aksi di Stadium Tengku Abdullah, esok sebagai misi penting baginya.

“Saya hampir menjaringkan gol tetapi kurang bernasib baik sebelum ini,” kata Faridzul yang menyertai UniKL pada 2017 selepas empat tahun bersama Sapura.

“Tetapi saya akan terus memburu gol pertama saya pada musim ini dan semoga ia hadir dalam pertemuan esok. Ia amat penting bagi saya dalam mengembalikan sentuhan gol.

“Ia menjadi pengalaman bermakna untuk beraksi di samping beberapa pemain ternama dunia dan sudah tentu ia memberi sedikit tekanan kepada saya,” katanya merujuk kepada senarai import UniKL kali ini.

Skuad kendalian Arul Selvaraj nyata berada pada kelas tersendiri musim ini selepas diperkuatkan trio Belanda Martijn Havenga, Robbert Kemperman dan Valentin Verga, penjaga gol Ireland David Harte serta dua tenaga import Australia, Kieran Govers dan Timothy Deavin.

“Mereka amat pantas dan berpengalaman. Saya perlu cuba menyamai kepantasan mereka untuk beraksi di bahagian depan,” katanya dalam keadaan berketawa.

“Jika saya boleh membantu mereka menjaringkan gol lebih baik dan saya mahu melakukannya. Tetapi pada akhirnya kemenangan UniKL lebih penting daripada segala-galanya.” Kata Faridzul yang dikenali sebagai Apek di kalangan rakan sepasukan.

Tambahnya, pasukannya juga perlu berhati-hati dengan ancaman Nur Insafi kali ini kerana mereka telah menyenaraikan barisan berpengalaman terdiri daripada bekas kapten Pakistan, Waseem Ahmed, Abdul Asim Khan, Imran Abbas dan Muhammad Kashif Javed.

“Dalam pertemuan persahabatan terakhir kami dengan Nur Insafi sebelum bermula Piala Tan Sri P Alagendra kedua-dua pasukan tidak menurunkan barisan pemain import dan saya pasti ia akan menjadi pertarungan yang menarik esok,” katanya.

Please follow and like us:
0