SMK Anderson optimis isi slot ke Piala Menteri di penampilan sulung

Follow by Email
Facebook
Google+
http://www.sports247.my/v1/2019/07/smk-anderson-optimis-isi-slot-ke-piala-menteri-di-penampilan-sulung">
Twitter
Pinterest

 

 

Meskipun baru pertama kali menyertai saingan Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun, SMK Anderson membuktikan mereka mampu untuk memberikan saingan di Liga Perdana, malah dilandasan terbaik untuk memburu slot lapan terbaik ke saingan Piala Menteri Pendidikan B14.

Dengan baki dua lagi perlawanan sebelum liga melabuhkan tirainya, SMK Anderson tidak mahu tercicir mata jika mahu merealisasikan impian itu.

“Baki perlawanan kami memang sasarkan untuk mendapatkan mata penuh dan ia diibaratkan seperti perlawanan final.

 

 

“Apa yang telah kami usahakan sejak dari awal musim menampakkan hasil malah boleh bermain seperti pasukan lain yang sudah lama beraksi di liga ini,”kata Ketua Jurulatih SMK Anderson, Shahril Nizam Ahmad.

SMK Anderson melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang B13 sekaligus menghuni tangga ke lima liga perdana.

Peluang untuk memburu slot Suku Akhir Piala Menteri Pendidikan B14 masih terbuka dimana SMK Anderson mengumpul 22 mata, dua mata dibelakang SMK Tun Hussein Onn dan empat mata dibelakang pasukan tangga ketiga, SMK Putera.

 

 

Juara Piala Sumbangsih 2019, SMK Putera gagal melebarkan jurang mata selepas mengalami kekalahan 0-3 ke atas SMK Datuk Peter Mojuntin.

Peluang ini dimanfaatkan SMK Seksyen 11 untuk merampas kedudukan kedua selepas membelasah MSS Labuan, 9-0 sekaligus mengumpul 28 mata selepas 12 perlawanan.

Saingan Liga Super Bawah 14 Tahun menyaksikan SMK Taman Bukit Indah mengukuhkan kedudukan di tangga kedua selepas menang 2-0 ke atas SMK Bukit Nenas untuk mengumpul 25 mata, Sembilan mata didepan SMK Zaaba yang berada di tangga ketiga.

 

 

Lapan pasukan yang terdiri daripada lima pasukan tratas dari Liga Super dan tiga pasukan teratas dari Liga Perdana laytak secara automatik ke suku akhir Piala Menteri Pendidikan B14.

Saingan Piala Menteri Pendidikan B14 dijadual berlangsung pada penghujung Ogos

Saingan Liga Piala KPM – FAM menyaksikan tiada perubahan bagi kedudukan pendahulu liga dimana SMK Taman Bukit Indah mengungguli saingan Liga Super manakala SMK Seksyen 11 kekal memimpin Liga Perdana.

Keputusan Perlawanan Bawah 14 Tahun 

SMK TAMAN BUKIT INDAH  2
SMK BUKIT NENAS  0

SSMP B13 B 1
SMK ANDERSON 2

SMK IBRAHIM FIKRI 4
SMK SERI KOTA 0

MSS PUTRAJAYA 0
SSTMI B13 0

MSS LABUAN 0
SMK SEKSYEN 11 9

SMK DATUK PETER MOJUNTIN 3
SMK PUTERA 0

 

Please follow and like us:
0