Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) mengesahkan menandatangani pemain kelahiran Nigeria, Uche Agba dengan kontrak selama setahun.

Menerusi laman sosial Facebook Melaka United, Uche yang beraksi di posisi penyerang bersetuju untuk bersama M.U selepas rundingan berlangsung sebulan melibatkan kedua dua pihak.

Uche merupakan pemain import ketiga Melaka United selepas Romel Morales yang dibawa masuk daripada PKNS FC dan pemain yang pernah beraksi untuk pasukan Seongnam FC, Jang Suk Won.

Sebelum ini, Uche Agba beraksi untuk pasukan PDRM dan merupakan Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi edisi Julai 2019.

 

- Advertisement -