Pemain golf negara, Gavin Kyle Green gagal dalam misi untuk mencipta kejayaan di Jelajah Eropah selepas menamatkan saingan di tempat ke-12 bersama tujuh lagi dalam Kejohanan Golf Masters Omega Eropah di Kelab Golf Crans-sur-Sierre di Switzerland pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemain berusia 25 tahun itu yang membuat persembahan terpuji dalam pusingan pembukaan sehingga pusingan ketiga, gagal meneruskan lariannya yang mengagumkan itu selepas mencatat satu atas par 71 pada pusingan akhir bagi keseluruhan empat hari 11 bawah par 269.

Beliau terikat dengan tujuh pemain lain iaitu Thomas Pieters dari Belgium, Andrea Pavan (Itali), Marcus Kinhult (Sweden), Scott Jamieson (Scotland), Renato Paratore (Itali), selain dua pemain Afrika Selatan – Erik Van Rooyen dan Christiaan Bezuidenhout, menurut laman web Jelajah Eropah; www.europeantour.com.

Pada pusingan akhir, Green membuat jatuhan tiga bogi tehadap satu eagle pada lubang par 5 pada gilirannya, sebelum merosot dua bogi lain di belakang sembilan.

Sebastian Soderberg dari Sweden merangkul gelaran juara Eropah pertama sejak 2013 selepas menyempurnakan sepuluh kaki untuk berdi, sementara McIlroy dan Samooja kehilangan percubaan berdi dari lapangan dekat lubang habis permainan pertama.

Pertandingan itu berlarutan ke lubang habis permainan apabila Soderberg dan empat yang lainnya terikat dengan 18 di bawah par 266 selepas tamat permainan.

Empat pemain itu adalah pemain nombor dua dunia, Rory McIlroy dari Ireland Utara, Kalle Samooja (Finland), Andres Romero (Argentina) dan Lorenzo Gagli dari Itali.

Kedudukan – pusing akhir:

266–

Sebastian Soderberg (SWE) 64-70-66-66,

Lorenzo Gagli (ITA) 64-68-67-67,

Rory McIlroy (NIR) 67-63-69-67,

Kalle Samooja (FIN) 66-71-62-67,

Andres Romero (ARG) 69-61-66-70 (notes: Sebastian won the title after carding a par in first play-off hole);

267–

Adri Arnaus (ESP) 66-67-70-64,

Mike Lorenzo-Vera (FRA) 69-61-66-70;

268–

Lucas Herbert (AUS) 70-67-67-64,

Matthias Schwab (AUT) 63-67-70-68,

Wade Ormsby (AUS) 66-64-67-71,

Tommy Fleetwood (ENG) 65-65-68-70;

269–

GAVIN KYLE GREEN (MAS) 65-64-69-71,

Thomas Pieters (BEL) 67-67-70-65,

Andrea Pavan (ITA) 70-68-66-65,

Marcus Kinhult (SWE) 67-72-65-65,

Erik Van Rooyen (RSA) 65-69-68-67,

Scott Jamieson (SCO) 70-65-67-67,

Renato Paratore (ITA) 67-66-67-69,

Christiaan Bezuidenhout (RSA) 67-67-65-70.

— BERNAMA

 

- Advertisement -