Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengayuh basikal sebagai simbolik pelancaran Hari Sukan Negara 2015, hari ini. Sambutan Hari Sukan Negara akan berlangsung 200 hari lagi iaitu pada 10 Oktober.– Kredit Foto - BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengayuh basikal sebagai simbolik pelancaran Hari Sukan Negara 2015, hari ini. Sambutan Hari Sukan Negara akan berlangsung 200 hari lagi iaitu pada 10 Oktober.– Kredit Foto – BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Hari Sukan Negara akan diraikan pada Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Lantaran itu, beliau mengumumkan 10 Oktober ini sebagai Hari Sukan Negara bagi tahun 2015 pada Majlis Pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur petang tadi, siang tadi.

2015 Hari Sukan Negara-005

Selaras dengan Bajet 2015, Kerajaan akan mengambil langkah yang bersepadu ke arah mentransformasikan Malaysia kepada negara bersukan.
Justeru itu, sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober nanti, akan menglibatkan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak di seluruh negara.

SPORTS247DOTMY-WebAds-harisukannegaradotmy

Kerajaan berhasrat untuk bukan sahaja menggalakkan budaya bersukan tetapi menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan rakyat antara satu sama lain tanpa mengira umur, bangsa dan kepercayaan agama.

“Di samping itu, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti dalam kalangan rakyat negara ini, yang menjadi penyebab kepada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.

2015 Hari Sukan Negara

Turut hadir pada majlis pelancaran tadi ialah Menteri Belia dan Sukan, YB En Khairy Jamaluddin , Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk M. Saravanan, Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Zaiton Othman, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Dato Dr Ramlan Abd Aziz dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar.

Antara atlet negara yang turut hadir ialah atlet sukan memanah, Khairul Anuar Mohamad, atlet terjun, Leong Mun Yee dan atlet angkat berat, Mohd Hafifi Mansor. – nsc.gov.my

- Advertisement -