IMG_9867

For the fourth consecutive year, AmBank Group is the main sponsor for the RSGC AmBank Junior Amateur Open Golf Championship 2015 which will commence from April 7-9 at the majestic Royal Selangor Golf Club (RSGC) and to feature local and foreign golfers. 

Nine national juniors are among the cast of 100 junior golfers who have confirmed their participation in four categories consisting of Boys and Girls U-18 and U-15, respectively.

Among the national juniors are Kharvish Varman Varadan, Rhaasrikanesh Kanavathi and Suzairi Iqmah in the Boys category while the Girls category consists of Winnie Ng Yu Xuan, Nur Syazani Amalia Mohd Shahzan and Warda Amirah.

To-date, eight foreign golfers have confirmed their participation and they are from the Philippines and Singapore. The champion in each category will win trophies and medals.

Present at the launch ceremony were Syed Anuar Syed Ali, Senior Vice President/Head, Group Corporate Communications and Marketing, AmBank Group and Wong Lee Ming, Captain, The Royal Selangor Golf Club as well as RSGC senior management. 

“We are pleased to be associated with a tournament of such significance as it is a stepping-stone for junior golfers to make the next step towards becoming a golfer of stature.

Over the years, many budding golfers who have played in this tournament have moved on to become better golfers at the senior level and we are happy to once again play a role in their quest to be in top level of world golf. In fact, tournaments such as this are important building blocks in nurturing one’s talent to the fullest,” said Syed Anuar.

As the title sponsor for the RSGC AmBank Junior Amateur Open Golf Championship 2015, AmBank Group is further strengthening its commitment to developing junior golf.

The Group is currently the main sponsor for the SportExcel Junior Golf Championship Grand Finals which has been held for the last 10 years.

AmBank Group has also been supportive of other sports such as the Inter Bank futsal tournament as the main sponsor and also in other sports such as the Langkawi International Mountainbike Challenge.    

AmBank Group is also the current Official Bank for RSGC and the Olympic Council of Malaysia.

 

100 Pemain Golf Remaja Sah untuk Menyertai  Kejohanan Golf Terbuka Amatur Remaja RSGC AmBank 2015

Untuk kali keempat berturut-turut, Kumpulan AmBank adalah penaja utama bagi Kejohanan Golf Terbuka Amatur Remaja RSGC AmBank 2015 yang dijadualkan bermula dari April 7-9 di Royal Selangor Golf Club (RSGC) yang terdiri dari pemain golf tempatan dan antarabangsa.

Sembilan pemain golf remaja kebangsaan adalah antara jumlah penyertaan sebanyak 100 pemain golf remaja yang telah sahkan penyertaan mereka di dalam empat kategori yang terdiri daripada Lelaki dan Perempuan Bawah-18 Tahun dan Bawah-15 Tahun.

Antara pemain golf remaja kebangsaan adalah Kharvish Varman Varadan, Rhaasrikanesh Kanavathi dan Suzairi Iqmah dalam kategori Lelaki sementara dalam kategori Perempuan ialah Winnie Ng Yu Xuan, Nur Syazani Amalia Mohd Shahzan dan Warda Amirah.

Sehingga kini, lapan pemain luar negara telah mengesahkan penyertaan mereka dan mereka berasal dari negara Filipina dan Singapura. Pemenang dalam setiap kategori akan memenangi trofi dan pingat.   

Hadir bagi merasmikan upacara ini adalah Syed Anuar Syed Ali, Naib Presiden Kanan/Ketua, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank dan Wong Lee Ming, Kapten, The Royal Selangor Golf Club dan juga wakil-wakil dari RSGC.

“Kami amat berbangga dapat berganding bahu dengan RSGC bagi pertandingan signifikan ini kerana ia merupakan suatu batu loncatan untuk para pemain golf remaja bagi melangkah kehadapan untuk mencapai status yang lebih tinggi.

Selama bertahun-tahun ini, ramai pemain golf remaja berbakat yang telah main dalam kejohanan ini telah meningkatkan prestasi mereka untuk bermain pada peringkat ‘senior’ dan kami gembira untuk sekali lagi memainkan peranan yang penting dalam pendidikan golf mereka. Malah, pertandingan seperti ini adalah asas yang penting dalam memupuk bakat seseorang dengan sepenuhnya, “kata Syed Anuar.

Sebagai penaja utama bagi Kejohanan Golf Terbuka Amatur Remaja RSGC AmBank 2015, Kumpulan AmBank terus memperkukuhkan komitmen dalam memajukan perkembangan golf tempatan.

Kumpulan AmBank juga adalah penaja utama bagi Pusingan Akhir SportExcel Junior Golf Championship yang telah diadakan selama sepuluh tahun berturut-turut.

Kumpulan AmBank juga telah menyokong beberapa sukan lain seperti Pertandingan Futsal Antara Bank dan juga dalam sukan lain seperti Langkawi International Mountain Bike.

Kumpulan AmBank adalah bank rasmi bagi RSGC dan juga Majlis Olimpik Malaysia pada masa kini.

- Advertisement -