Hari keempat saingan 100PLUS Cabaran Ranking Junior Kebangsaan 2020 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara belum menampakkan sebarang kedudukan mutlak bagi saingan peringkat kumpulan.

Perseorangan lelaki kumpulan A memperlihatkan persaingan dua pemain, Justin Hoh dan Jacky Kok Jing Hong yang berkongsi 5 mata selepas enam perlawanan.

Justin terus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu selepas menundukkan Ong Ken Yon straight set 21-13, 21-19 manakala Jacky menang mudah ke atas Anson Cheong 21-14, 21-4 untuk terus mengekori pendahulu.

Kumpulan B pula hampir pasti menjadi milik Eogene Ewe Eon yang msih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menang kesemua 6 perlawanan setakat ini termasuk kemenangan ke atas Jan Jireh Lee dalam aksi tiga set 21-17, 16-21, 21-13 pada perlawanan sesi pagi tadi.

Muhd Adam Shah dan Dylan Ooi Ding Sheng berkongsi empat mata dan masing masing menghuni tangga kedua dan ketiga.

Kumpulan C pula menyaksikan persaingan sengit dua pemain, Lok Hong Quan dan Aaron Tai yang berkongsi lima mata setakat ini manakala kumpulan D didominasi Teck Joon Kong.

Aksi perseorangan perempuan kumpulan B masih diungguli Siti Nurshuhaini Azman yang masih mengekalkan kemenangan 100 peratus selepas beraksi lima perlawanan untuk mengumpul 5 mata.

Perlawanan kelima yang berlangsung di sebelah pagi, Shuhaini menang straight set 21-17, 21-14 ke atas Loh Zhi Wei.

Dua pemain, Ong Xin Yee dan Chan Wen Tse mengekori Siti Nushuhaini, menghuni tangga kedua dan ketiga, berkongsi 4 mata.

 

Keputusan Perlawanan Sesi Pagi

7:30 PG

BS-A – Group Justin Hoh – ONG Ken Yon (21-13 21-19)
BS-A – Group Muhd Fazriq – Ong Zhen Yi (21-17 16-21 21-13)
BS-A – Group Jacky Kok Jing Hong – Anson Cheong (21-14 21-4)
BS-A – Group Chia Jeng Hon – V Poopathi (21-16 21-12)

BS-A – Group Chua Kim Sheng – Jimmy Wong (21-16 22-20)
BS-B – Group Dylan Ooi Ding Sheng – Ferdinan Ramno (21-18 21-16)

BS-B – Group Eogene Ewe Eon – Jan Jireh Lee (20-22 21-13 21-17)
BS-B – Group Low Han Chen – Rex Hooi Shao Herng (21-18 17-21 21-14)
BS-B – Group Muhd Faiq – Muhd Adam Shah – (21-19 22-20)
GS-B – Group Chan Wen Tse – Lim Yi Wei (21-14 21-17)
GS-B – Group Chong Jie Yu – Tan Shen Thing (21-10 21-17)
GS-B – Group Siti Nurshuhaini – Loh Zhi Wei (21-17 21-14)

9:00 PG

BS-C – Group Aaron Tai – Yeow Chun Cher (21-19 17-21 21-13)

BS-C – Group Hanz Haiqal – Kang Khai Xing (21-13 24-26 21-19)
BS-C – Group Lok Hong Quan – Tamilarasukumar (21-9 21-12)
BS-D – Group Ayu Fu Sheng – Lim Wei Hou (21-9 21-12)
BS-D – Group Lee Yen Wei – Chee Hong Wei (21-6 21-12)
BS-D – Group Kong Teck Joon – Mohd Amzar Hakimi (21-15 21-8)

- Advertisement -