100PLUS, minuman isotonik No.1 Malaysia, menyampaikan hadiah bonus istimewa kepada jaguh perseorangan negara Lee Zii Jia sebagai menghargai kejayaan pemain itu pada kejohanan Seluruh England baru-baru ini. Berikutan kejayaan cemerlang itu, 100PLUS hari ini menghadiahkan Zii Jia dengan 1,000 saham F&N bernilai RM30,300.

Zii Jia menerima saham berkenaan dari Y.A.M. Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi F&N Holdings Berhad dan Mr Lim Yew Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Berhad pada satu majlis ringkas di F&N Point di sini, hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu mengikuti jejak Datuk Wira Lee Chong Wei, yang juga merupakan duta jenama 100PLUS, yang kali terakhir memenangi kejohanan Seluruh England pada 2017. Chong Wei merupakan juara Seluruh England sebanyak empat kali.

“Pada majlis menandatangani kontrak pada Januari tahun lepas, Zii Jia berkata sokongan 100PLUS akan membantu mendorong beliau untuk mencapai kejayaan lebih baik. Beliau memenuhi janjinya dan sekarang merupakan juara Seluruh England,” kata Cik Leong Wai Yin, Pengurus Pemasaran Kanan 100PLUS.

“Kejayaan beliau begitu menakjubkan kerana beliau menewaskan dua pemain terbaik dunia iaitu Kento Momota dan Viktor Axelsen pada perlawanan separuh akhir dan akhir. Ini membuktikan kemampuan Zii Jia sebagai pemain yang mempunyai masa depan yang cerah.”

Wai Yin juga menaruh harapan bahawa prestasi dan keyakinan Zii Jia akan terus berada di tahap tinggi menjelang kejohanan badminton Terbuka Malaysia dan Sukan Olimpik di Tokyo.

“Kami mengucapkan selamat berjaya kepada Zii Jia pada kejohanan-kejohanan ini dan berharap beliau akan melakar sejarah untuk Malaysia di Tokyo nanti.”

Selain Chong Wei dan Zii Jia, pasangan beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik juga merupakan Duta Jenama 100PLUS.

Sejak beberapa tahun lepas, 100PLUS telah menyokong dengan menaja pelbagai acara dan aktiviti sukan di negara ini. Pada masa ini, 100PLUS merupakan penaja agensi dan persatuan-persatuan sukan seperti Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Perssatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Antara acara tajaan 100PLUS termasuk Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100PLUS, kejohanan Berpasukan Remaja Antara Negeri Kebangsaan 100PLUS, Badminton Terbuka Malaysia dan Kejohanan Badminton Malaysia Masters, Liga Bolasepak Malaysia, bolasepak Piala Malaysia, KL Marathon, Anugerah SAM 100PLUS dan Piala Suzuki AFF. Pada 2017, 100PLUS merupakan minuman isotonik Rasmi bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017.

100PLUS merupakan antara jenama utama di bawah F&N di Malaysia. Ia dihasilkan dan diedarkan oleh F&N Beverages Marketing Sdn Bhd yang merupakan pembuat dan pengedar minuman ringan terbesar di Malaysia. ​​

100PLUS merupakan minuman isotonik pertama yang dilancarkan di Malaysia. Ia merupakan minuman isotonik penghilang dahaga bebas kafein yang dirumus khas untuk membantu mengembalikan kehilangan cairan dalam badan semasa aktiviti fizikal dan menghidrasi tubuh mencapai keseimbangan hidrasi yang optimum. Formula unik 100PLUS menggabungkan cairan, karbohidrat dan elektrolit untuk penyerapan cairan yang pantas dan berkesan ke dalam tubuh badan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.100plus.com.my​

100PLUS向全英赛冠军李梓嘉颁发奖金

(吉隆坡8日讯)100PLUS,国内排名第一的等渗饮料,向全国男单一哥李梓嘉颁发了特别奖金,以表彰他在全英赛上取得惊人的成就。由于其出色的表现,100PLUS今天向梓嘉赠送了1000股星狮控股(F&N)的股票,价值30300令吉。

梓嘉今天在F&N Point举行的一个简单的仪式上,从星狮控股的主席主席东姑赛巴达鲁丁和首席执行员林友和先生手中接过这些股票。

23岁的梓嘉,追随着同为100PLUS品牌大使的拿督威拉李宗伟(Datuk Wira Lee Chong Wei)的光辉足迹。宗伟在2017年的全英赛成为最后一位夺冠的大马球员。宗伟一共四次赢得全英赛冠军。

“在去年1月的签约仪式上,梓嘉曾表示100PLUS的支持将激励他取得更好的成绩。他信守诺言,现在已是全英赛的冠军,”100Plus高级市场经理梁慧燕

女士评到。“他在半决赛和决赛中横扫了世界前两名桃田贤斗和安赛龙。这证明了梓嘉是一名有能力的球员,他的前程一片光明。”在面对即将来临的大马公开赛和至关重要的东京奥运会时,慧燕希望梓嘉的状态和信心能够保持在高位。“我们祝愿他在这些比赛中一切顺利,希望他能在东京为我们的国家创造历史。” 除了宗伟和梓嘉,男双组合谢定峰和苏伟译也是100PLUS的品牌大使。

多年来,100PLUS在全国各地赞助了许多体育赛事和活动。100PLUS目前赞助大马羽总(BAM)、大马亚足协(FAM)和国家体育委员会等协会和机构。​​

由100PLUS赞助的赛事包括100PLUS国家青少年羽毛球巡回赛、100PLUS国家青少年国际队、马来西亚公开赛和马来西亚大师赛、马来西亚足球联赛、大马杯、吉隆坡马拉松、年度大马体育撰稿人协会(SAM)-100PLUS最佳运动员奖和AFF铃木杯。2017年,100PLUS是吉隆坡海运会和2017年东盟残疾人运动会的官方等渗饮料。

100PLUS是马来西亚星狮旗舰店下的领先品牌之一。它由马来西亚最大的软饮料分销商和制造商F&N Beverages Marketing Sdn Bhd生产和分发。

100PLUS是在马来西亚推出的第一款等渗饮料。它是一种止渴,无咖啡因的等渗饮料,专门配制以帮助恢复身体在体育锻炼过程中损失的物质,并为身体补充水分,使其达到最佳的水分平衡。它独特的配方结合了液体,碳水化合物和电解质,可快速有效地将液体吸收到体内。

有关更多信息,请登录www.100plus.com.my

- Advertisement -