Saingan Kejohanan badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir semakin hampir kekemuncaknya dimana tamat pusingan round robin melibatkan kesemua 8 kumpulan bagi acara perseorangan serta bergu lelaki dan perempuan.

Saingan perseorangan lelaki bawah 16 tahun, Sng Wei Ming antara 16 pemain yang mengesahkan slot ke perlawanan suku akhir selepas mengungguli saingan peringkat kumpulan.

Pemain yang beraksi untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ini mengungguli kumpulan A dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam kesemua perlawanan. Turut sama mara ke suku akhir adalah rakan sepasukan, Kang Khai Xing yang muncul naib juara kumpulan.

Sementara kumpulan B menyaksikan Aaron Tai (BAM) dan Mohd Shazlan M Thaqif Shaz (Selangor) mengesahkan kemaraan ke kelompok 16 pemain terbaik manakala Kee Is Kian (BAM) dan Yap Chun Shin (Kuala Lumpur) mendominasi dua kedudukan teratas kumpulan C.

Joshua Wong (BAM) dan Bolherry Tor Bin Tor Buck Huat (Kedah) pula mengungguli carta kumpulan D diikuti Kong Zhou Swin (BAM) dan Tan Kean Wei masing menduduki dua kedudukan teratas bagi kumpulan E.

Seorang lagi wakil BAM, Muhd Faiq turut mengekalkan rekod tanpa kalah untuk muncul juara kumpulan F dan mara ke suku akhir bersama sama wakil Selangor, Au Wei Shan yang menghuni tangga kedua.

Kumpulan G pula diungguli Lee Yen Wei (BAM) selaku juara manakala seorang lagi wakil Selangor Shawn Hiu muncul naib juara sekaligus mengesahkan slot ke suku akhir manakala Lok Hong Quan (BAM) dan Goh Yi Qin (Selangor) melengkapkan kuota 16 pemain ke peringkat suku akhir selepas mengungguli dua tangga teratas kumpulan H.

Perseorangan perempuan bawah 16 tahun menyaksikan Dania Sofea Zaidi dari Johor antara yang mencuri tumpuan selepas mengesahkan status selaku juara kumpulan D selepas menang kesemua dua perlawanan diikuti wakil BAM, Nicole Chau yang muncul naib juara.

Turut cemerlang, pemain Pulau Pinang, Oo Shan Zi yang mendominasi saingan kumpulan E sementara wakil BAM, Noraqilah Maisarah menamatkan saingan kumpulan ditangga kedua sementara rakan sepasukan Oo Shan Zi, Celine Ng pula mengungguli saingan kumpulan F.

38 pemain perseorangan lelaki beraksi di kejohanan ini dan dipecahkan kepada 8 kumpulan yang akan memburu slot untuk ke pusingan suku akhir.

Kesemua pemain akan beraksi dalam peringkat kumpulan secara round robin untuk memburu slot ke suku akhir sekaligus menentukan siapakah yang bergelar juara bagi edisi 2022.

Kejohanan Badminton 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2021 di bahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A terdiri dari negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, dan Kelantan. Kumpulan B pula terdiri daripada negeri Putrajaya, P Pinang, Pahang, N Sembilan dan Johor sementara kumpulan C melibatkan negeri Sabah, Perlis, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Kejohanan melibatkan kategori bawah 12 tahun, 14 tahun, dan 16 tahun perseorangan dan bergu lelaki dan wanita.

100PLUS JET berlangsung sebanyak dua pusingan dimana pemain pemain terbaik bagi setiap kumpulan layak beraksi ke perlawanan 100PLUS Jelajah Remaja Elit 2022 Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.

 

- Advertisement -