Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden KHM, Dato’ Najmi Razak secara rasminya mengumumkan senarai 18 pemain lelaki dan wanita kebangsaan bersama barisan kejurulatihan yang akan memikul tanggungjawab di Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024.

Pasukan Wanita Kebangsaan yang bakal beraksi di Valencia, Sepanyol pada 13 hingga 21 Januari ini akan berlepas pada Ahad (7 Januari) sementara Pasukan Lelaki Kebangsaan akan membuat penampilan di Muscat, Oman pada 15 hingga 21 Januari 2024 akan berlepas pada Khamis (11 Januari).

Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 merupakan pentas terakhir bagi semua pasukan untuk melangkah ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan tiga pasukan terbaik kejohanan akan meraih slot di kejohanan tertinggi dunia itu.

Bagi Kategori Lelaki yang berlangsung di Muscat, Oman, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama China, Great Britain dan Pakistan sementara Jerman, New Zealand, Kanada dan Chile diletakkan dalam Kumpulan B.

Kategori Wanita yang berlangsung di Valencia, Sepanyol, pula menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama tuan rumah, Sepanyol, Kanada dan Great Britain sementara Kumpulan A dihuni oleh Belgium, Ireland, Korea dan Ukraine.

Menerusi senarai pemain yang diumumkan hari ini, Muhammad Shahril Saabah yang berehat panjang ekoran kecederaan yang dialaminya sebelum ini kembali bersama pasukan sementara bagi pasukan wanita, kelibat Kirandeep Kaur yang berehat kerana menyambung pelajaran sebelum ini akan dapat disaksikan.

Mengulas mengenai pemilihan pemain bagi Pasukan Senior Lelaki Kebangsaan, Pengendali Pasukan, Coach A. Arulselvaraj menyifatkan pemilihan pemain ke kejohanan ini adalah pemilihan yang seimbang di mana pemain yang dipilih mempunyai tahap kecergasan terbaik, mereka yang mempunyai jiwa dan semangat yang tinggi selain bermati-matian ketika sesi latihan.

 “Kejohanan ini bukannya mudah untuk kami namun kami mempunyai fokus yang satu iaitu merebut tiket terakhir ke Sukan Olimpik Paris dan barisan pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada kejohanan ini merupakan barisan pemain terbaik yang kami miliki.

“Pemain yang dibawa juga merupakan pemain yang menunjukkan prestasi terbaik ketika ini di mana lima pemain yang dibawa tidak beraksi di Sukan Asia yang lepas.

“Dalam pada itu, pemain yang dibawa juga merupakan barisan pemain yang mempunyai variasi di mana mereka boleh bermain sekurang-kurangnya dua posisi dan ia memudahkan pasukan untuk mengubah strategi dan posisi pemain sekiranya ia perlu dilakukan,” jelas Coach A. Arulselvaraj.

Sebagai aksi pemanas badan buat Skuad Senior Lelaki Kebangsaan selepas tiba di Oman, Malaysia akan menjalani dua perlawanan persahabatan bertemu Kanada pada 12 Januari dan Chile pada 13 Januari jam 6:00 petang (waktu Malaysia).

Dalam perkembangan yang sama, bagi Pengendali Skuad Wanita Kebangsaan, Coach Nasihin Nubli Ibrahim, pemain yang telah dipilih untuk beraksi di kejohanan ini merupakan barisan pemain yang mempunyai tahap kualiti teknikal skil dan ketahanan mental yang terbaik untuk memberikan saingan di pentas antarabangsa selain mempunyai semangat juang yang tinggi dan berfikiran positif.

“Walaupun Malaysia dibarisi rata-rata pemain muda jika dibandingkan dengan lawan yang berpengalaman seperti Great Britain, Sepanyol dan Kanada, namun ini merupakan pentas terbaik buat pemain-pemain untuk menimba seberapa banyak pengalaman bagi meningkatkan lagi tahap mereka dan mengutip mata ranking pasukan.

“Kejohanan ini juga akan menguji tahap keberanian pemain dan bagaimana untuk pemain mengadaptasi dengan tekanan tinggi yang akan datang di mana ianya sangat berguna untuk mereka.

“Saya juga berharap pemain akan menunjukkan satu permainan terbaik dan boleh menjadi pengacau dalam kejohanan ini,” jelas Coach Nasihin Nubli Ibrahim.

Sebagai persiapan terakhir sebelum ke Valencia, Pasukan Wanita Kebangsaan akan menjalani dua aksi persahabatan menentang New Zealand di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil petang ini dan esok.

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang bakal membawa cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 (Lelaki), Muscat, Oman.

NO NAMA POSISI
1 MUHAMMAD HAFIZUDDIN OTHMAN PENJAGA GOL
2 MOHD ZAIMI MAT DERIS PENJAGA GOL
3 MUHAMMAD MARHAN MOHD JALIL PERTAHANAN
4 MUHAMMAD RAZIE ABD RAHIM PERTAHANAN
5 ZULPIDAUS MIZUN PERTAHANAN
6 MUHAMMAD SYAFIQ HASSAN PERTAHANAN
7 MUHAMMAD AMIRUL HAMIZAN AZAHAR PERTAHANAN
8 MUHAMAD RAMADAN ROSLI PERTAHANAN
9 FAIZ HELMI JALI TENGAH
10 MEOR MUHAMMAD AZUAN HASSAN TENGAH
11 NIK MUHAMMAD AIMAN NIK ROZEMI TENGAH
12 SHELLO SILVERIUS TENGAH
13 MOHD FITRI SAARI TENGAH
14 MUHAMMAD FIRHAN ASHARI PENYERANG
15 MOHAMAD ASHRAN HAMSANI PENYERANG
16 NORSYAFIQ SUMANTRI PENYERANG
17 MUHAMMAD AZRAI AIZAD ABU KAMAL PENYERANG
18 MUHAMMAD SHAHRIL SAABAH PENYERANG

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 (Lelaki), Muscat, Oman.

NO NAMA JAWATAN
1 DATO’ MIRNAWAN NAWAWI PENGURUS PASUKAN
2 ARULSELVARAJ ANTHONISAMI KETUA JURULATIH
3 AZRUL EFFENDY BISTAMAM PENOLONG JURULATIH
4 GLEEN TURNER PENOLONG JURULATIH
5 KUMAR SUBRAMANIAM JURULATIH PENJAGA GOL

 

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Senior Lelaki Kebangsaan yang telah diundi di dalam Pool A

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. ISNIN : 15 JANUARI 2024 10:30 MALAM MALAYSIA LWN CHINA
2. RABU : 17 JANUARI 2024 12:45 TENGAH MALAM MALAYSIA LWN GREAT BRITAIN
3. JUMAAT : 19 JANUARI 2024 12:45 TENGAH MALAM PAKISTAN LWN MALAYSIA

 

** Waktu Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

 

Berikut merupakan senarai 18 pemain Skuad Wanita Kebangsaan yang bakal membawa cabaran Malaysia di Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 (Wanita), Valencia, Sepanyol.

NO NAMA POSISI
1 SITI ZALIA NASIR PENJAGA GOL
2 NUR HAZLINDA ZAINAL ABIDIN PENJAGA GOL
3 JULIANI MOHAMAD DIN PERTAHANAN
4 ANITH HUMAIRA BAHARUDIN PERTAHANAN
5 NUR NABILA ALIA YUSSAINI PERTAHANAN
6 NURUL FATIN FATIAH AZMAN PERTAHANAN
7 FATIN SHAFIKA MAHD SUKRI PERTAHANAN
8 NURMAIZATUL HANIM SYAFI SHIEK FUAD TENGAH
9 NUR INSYIRAH EFFARIZAL TENGAH
10 SITI NUR IRDINA MOHD NOR TENGAH
11 DAYANG NURAMIRAH ABANG MAHADANI TENGAH
12 KIRANDEEP KAUR GURDIP SINGH TENGAH
13 RAJA NORSHARINA RAJA SHABUDDIN TENGAH
14 NURAMIRAH SHAKIRAH ZULKIFLI PENYERANG
15 SITI NUR ARFAH MOHD NOR PENYERANG
16 NUR AFIQAH SYAHZANI AZHAR PENYERANG
17 NUR SHAMINE AZUREEN MOHAMMED BADUSHA PENYERANG
18 AZMYRA MIA SOFEA AZHAIRY PENYERANG

 

Berikut merupakan barisan Pengurusan dan Kejurulatihan yang akan bersama ke Kejohanan FIH Hoki Kelayakan Olimpik 2024 (Wanita), Valencia, Sepanyol.

NO NAMA JAWATAN
1 PUAN ROGAYAH MOHAMAD PENGURUS PASUKAN
2 MOHD NASIHIN NUBLI IBRAHIM KETUA JURULATIH
3 LAILIN ABU HASSAN PENOLONG JURULATIH
4 SITI RAHMAH  OTHMAN PENOLONG JURULATIH
5 FARAH AYUNI YAHYA JURULATIH PENJAGA GOL
6 THOMAS MICHAEL DROWLEY JURULATIH KECERGASAN

 

Berikut merupakan jadual perlawanan melibatkan Skuad Wanita Kebangsaan yang telah diundi di dalam Pool B

NO HARI / TARIKH MASA PERLAWANAN
1. SABTU : 13 JANUARI 2024 6:45 PETANG SEPANYOL LWN MALAYSIA
2. AHAD : 14 JANUARI 2024 4:30 PETANG KANADA LWN MALAYSIA
3. SELASA : 16 JANUARI 2024 9:15 MALAM GREAT BRITAIN LWN MALAYSIA

 

** Waktu Perlawanan Adalah Waktu Malaysia

- Advertisement -